Khamis, 31 Disember 2009

Misi 2010

Ramai orang meramalkan tahun 2010 sebagai tahun bencana terutama di Indonesia. Malah ada juga ramalan mengatakan Perang Dunia ke 3 akan meletus pada November 2010. Apapun ramalan mereka, kita tidak berkuasa mengubah ketentuan Tuhan. Yang penting hidup perlu di teruskan seadanya.
Berbalik kepada misi peribadi 2010. Aku bahagikan kepada beberapa item iaitu karier, ekonomi, keluarga, impian dan rohani. Malu juga aku war-warkan disini kerana jika tidak terlaksana akan mengundang perlecehan orang yang membacanya. Walaubagaimanapun aku anggap ia sebagai cabaran dan tekanan positif terhadap diri sendiri.

Karier
Perjalanan karier sepanjang 2009 agak mencabar dan memenatkan. Namun mengikut perkiraan aku tahun ini, keadaan akan lebih terkawal dan sistematik. Mungkin aku tidak akan dapat mengekalkan pencapaian Guru Aktif & Dedikasi tahun 2009 kerana pembahagian tugas lebih seimbang berbanding tahun lepas. Malah dengan kehadiran guru baru mungkin akan meringankan tugas2ku sebelum ini.
Misiku untuk bekerja lebih sistematik, teratur dan berfokus. Kurangkan kerja bertangguhan serta aktif setiap masa.

Ekonomi
Ekonomiku bertambah baik pada tahun 2009. Hutangku akan cuba diminimakan dan struktur semula. Dan aku mengharapkan dengan bisnes yang aku ceburi akan terus melonjakkan pendapatanku ke 5 angka. Mungkin ada beberapa kesilapan sebelum ini tapi aku tidak menyesal kerana orang yang gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba. Apa yang aku tagihkan dari diri sendiri ialah KEGIGIHAN, tidak berputus asa, kecekalan dan keberanian.

Keluarga
Keluarga masih tidak boleh dikembangkan pada tahun ini atas sebab2 perubatan. Insyaallah tahun hadapan. Dari segi keperluan dan kehendak, mungkin agak lebih mewah berbanding sebelum ini.

Impian
Kereta idamanku sudah berjaya dimiliki. Mungkin akan ditambah jika keadaan mengizinkan. Namun masih ada beberapa impian ku yang belum terlaksana. Antaranya :
1. Camera DSLR
2. TV Plasma 42 inch
3. Sebidang tanah
4. Pergi melancong

Rohani
Pengisian rohani juga tidak boleh diabaikan dalam kesibukan mengejar duniawi. Aku akan cuba :
1. solat di awal waktu.
2. berjemaah sekurang2nya 3 kali seminggu
3. khatam Al Quran
4. menambah amal kebajikan

aminnn..

2010

2009 telah meninggalkan kita, bak lagu Pergi Tak Kembali yang pergi bersama-sama dengan penyanyinya sekali. Pelbagai pahit manis diharungi sepanjang 2009, dan syukur alhamdulillah kerana aku masih dilindungi dari malapetaka, bala bencana, wabak penyakit, kemalangan jalan raya, penyakit2 kronik, kemiskinan, kepapaan, kesedihan dan sebagainya. Aku berdoa dan berharap agar aku dan keluargaku akan dipanjangkan umur dan dilindungi sepanjang tahun 2010 ini.
Melihat kembali rentetan perjalanan hidupku tahun 2009, masih ada azam yang belum tertunai. Jadi sempena 2010 ini aku ingin memperbaharui azam dan lebih gigih untuk mencapainya. Walaupun terlewat, aku akan menyenaraikan semula azam yang baru sebagai penanda aras KPI untuk diri sendiri. Bak kata William Wallace dalam Braveheart "Every men dies, but not every men really lives".

Isnin, 12 Oktober 2009

Realiti Insan



Ku layangkan segala anganku, ku lepaskan semua khayalan jiwaku.
Berpijak di bumi yang satu, Memandang tinggi di langit biru.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Ini bukanlah satu mimpi, Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi.
Ini adalah realiti, keyakinan insan yang penuh visi.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.

Ini bukanlah satu mimpi, Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi.
Ini adalah realiti, keyakinan insan yang penuh visi.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.

Jumaat, 31 Julai 2009

Virus HaMa

Hari ini dalam sejarah. Seramai 178 orang murid sekolah cikgu diserang sejenis hama yang menyebabkan kegatalan di serata badan. Cikgu memanfaatkan masa terluang dengan membantu mententeramkan keadaan murid yang panik terutamanya murid tahun 1 yang disakat oleh murid-murid tahun lain dengan mengatakan mereka dijangkiti H1N1. Suasana panik akhirnya terlerai dengan kehadiran 7 orang pegawai perubatan yang datang membawa ubat dan melakukan pemeriksaan. Semasa memandu pulang cikgu masih lagi tertawa mengenangkan gelagat murid-murid tadi.

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI saddening issue

Just would like to express my shocked and surprised through out the Government decision to abolished etems beginning on 2012. However the decision was not the exact picture of what the Malaysian people want it to be. This can be seen in the poll conducts in www.chedet.co.cc. And of course this is the major prolong issue since the petrol price hiked issue. This will challenge the new PM and the TPM credibility as decision maker for the sake of Malays and our nation.

Isnin, 22 Jun 2009

Sehari dalam rutin

Minggu kedua di sekolah agak mengujakan. Pelbagai idea di kepala dengan dorongan menghabiskan silibus Sains tahun 6 untuk terus menyiapkan pelajar menghadapi UPSR yang tidak lama lagi. Hari indah ini dilalui dengan semangat positif walaupun mengetahui pasti akan muncul peristiwa atau isu yang mendatang.
Selepas perhimpunan, aku terus ke kantin untuk minum pagi kerana bermula jam 8.50 pagi jadualku akan penuh sehingga 12.50 tengahari.Sambil minum bersama Cikgu Fadhil, Ustaz Rusli dan Ustaz Zahir, pebagai isu semasa menjadi topik perbincangan. Berbual bersama rakan sekerja ini terutama yang lebih senior dapat menambahkan input disulami gelak ketawa yang meriangkan.
Kelas ku bermula jam 8.50 pagi. Persiapan lebih awal menyebabkan sesi P&P lancar dan teratur. Murid lebih terurus dan mudah dikawal. Mereka ku bekalkan dengan kerja rumah untuk disiapkan memandang agak lama mereka telah berehat.
Kelas berikutnya ialah tahun 6. Kelas ini tidak lekang dengan isu sensasi dan terkini. Aku muncul di pintu kelas dan menjenguk terlebih dahulu kedalam memandangkan keadaan murid yang senyap. Anggapanku mungkin masih ada guru didalam kelas rupanya meleset. Hari ini sesi P&P ku dibantu oleh carta dan kad imbas. Menerangkan tentang Gerhana Bulan dan Matahari memerlukan murid lebih terdedah kepada gambar dan rajah. Aku cuba mendapatkan respon murid tentang Hari Terbuka Ibu Bapa Jumaat lepas. Rata-rata memberikan respon positif tentang Sains. Lega rasanya malah memberikan motivasi untuk terus gigih membantu mereka.
Kelas terakhir ku ialh kelas tahun 4. Kelas ini terkenal dengan kenakalan dan sikap tidak mahu belajar mereka. Hampir kesemua murid langsung tidak memahami Bahasa Inggeris malah ada segelintir mereka tidak langsung mampu membaca. Menangani kelas ini memerlukan pendekatan lebih keras dan tegas. Tidak membuat kerja akan dihukum serta merta. Namun dengan pendekatan sedemikian pun masih terdapat murid yang tidak dapat mampu menyiapkan sepenuhnya kerja mereka.
Kerja ku berakhir jam 12.50 dan baki masa yang ada kugunakan untuk membincangkan Projek Eureka-ree Energy Effiency Beach House dengan para peserta yang mewakili sekolah. Perbincangan selesai jam 1.20 dan aku meneruskan sedikit research sebelum bergegas mengemas untuk makan tengahhari.
Aku tidak terus pulng ke rumah tetapi berkeliaran di bandar Segamat mencari beberapa keperluan peribadi. Aku tiba di rumah dengan disambut 2 anak kecil yang comel di sliding door. Hilang segala kepenatan bekerja apabila melihatkan teletah mereka.
Hmmm..begitulah perjalanan suatu hari yang indah dalam rutin hidupku. Anda pula bagaimana? Mungkin tidak keterlaluan aku mengatakan,kita dibebani masalah atau isu adalah disebabkan sikap kita yang sendiri yang mendorong kita dipersalah atau diperlekehkan. Fikir-fikirkan...

Ahad, 21 Jun 2009

2000 visitors achieved...

Congratulations and thank you for all the visitors for visiting this blog until it officially shows the traffic of 2000 visitors. I promise to keep this blog up to date and convenient for all of the visitors. Thank you.

Sabtu, 20 Jun 2009

Istimewa Sempena Hari Bapa

Sebelum itu izinkan cikgu meng`aku’kan diri buat kali ini.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun. Kini aku sudah bekerja dan mempunyai keluarga ku sendiri. Perjalanan masa yang kurasakan singkat menyebabkan ku rasa terkilan kerana tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada ibu dan ABAH tersayang.
Kini genap 30 tahun ABAHku bergelar BAPA. Seingat aku, aku mula mengenal ABAHku semasa usiaku 3 atau 4 tahun. Aku ingat akan rambutnya, suaranya, mukanya dan juga bunyi motorsikalnya. Seingat aku juga ABAHku dulu berambut agak panjang dan agak mengikut trend semasa. Abah menunggang motorsikal scrambler yang kini telah pun dijual kepada anak rakannya. Kemudian Abah membeli sebuah lagi motorsikal kapcai Suzuki yang lebih sesuai dengan keadaan beliau berkeluarga ketika itu dan Scramblernya itu hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Seingat aku, ayahku seorang yang sangat periang dan ramah. Abah sangat mengingati kawan-kawannya walaupun mereka itu tidak terkira ramainya. Ingatan Abah sangat kuat dan amat jarang sekali tidak mengingati nama rakan, saudara mara atau pekerja di bawah jagaannya. Kemana sahaja Abah pergi, Abah akan mendapat kawan baru tidak kira apa bangsa sekalipun. Pernah dahulu beberapa orang Jepun telah menjadi sahabat baik Abah sehingga adik pertama ku terkenan dengan wajah kejepunan.
Perjalanan hidupku sewaktu kecil amat sempurna dibawah jagaan abah dan mak. Aku dibesarkan dengan perhatian terbaik dan diberikan keperluan yang terbaik samada dari segi pemakanan mahupun pakaian. Malah pakaian ku sewaktu kecil masih lagi elok kerana ianya sangat berjenama dan tahan lama. Permainan-permainan yang dibelikan adalah yang berkualiti tinggi hinggakan anakku masih mampu melihatnya kini.
Namun langit tidak selalunya cerah dan ujian dariNya muncul. Ketika aku masih di tahun 3, ABAHku ditimpa musibah. Disebabkan sikap baik hati dan mudah percayakan rakan-rakannya, Abah telah diperdayakan sehingga mengakibatkan duit pekerja bawahannya di larikan oleh rakan (merangkap ketua pekerja ketika itu). Duit yang sepatutnya dikendalikan oleh Abah lesap dan menyebabkan syarikat menyalahkan Abah sepenuhnya atas kecuaian itu. Ketika itu aku menjadi saksi akan kesukaran yang Abah tanggungi. Polis, pengurus dan orang ramai silih berganti dating ke rumah mendesak, memarahi dan menyoal siasat ABAHku. ABAHku pernah disuruh menjunjung Al Quran bagi membuktikan kata-katanya dan Abah menjunjungnya tanpa ragu-ragu. Abah kesana kemari mencari rakannya itu dan berusaha menggantikan duit yang hilang itu. Pernah suatu ketika aku terdengar perbualan ABAH dan emakku. Abah berkata alangkah baik jika Abah memandu laju dan terbabas kedalam Sungai Pahang, selesai semua masalah.
Rentetan kejadian itu gaji ABAHku dimansuhkan hampir setahun dan kemudiannya dipotong untuk bulan-bulan berikutnya sehingga menyamai jumlah duit yang lesap itu. Bayangkan ketika itu, kami tiada pendapatan langsung. ABAH mula berjinak-jinak melakukan kerja luar manakala ibu mula meniaga. Aku pula membantu mereka dengan membawa kacang dan sagu untuk dijual di sekolah agama. Dengan pendapatan yang tidak seberapa itu kami meneruskan hidup. Hutang pinjaman kenderaan dan kad kredit ABAH melonjak dan akhirnya Abah diisytiharkan muflis.
ABAH kesana kesini melakukan kerja yang termampu. Abah tidak dipecat sebaliknya terpaksa bekerja tanpa gaji. Setelah pulang dari pejabat, Abah akan segera keluar melakukan kerja sampingan. Antaranya menjadi jurujual kereta, memotong pokok mengkudu, berkebun dan memelihara ayam. Musibah yang melanda ini begitu menguji kami sekeluarga terutama ABAH.
Namun dalam keadaan runcing sebegitu, ia tidak menghalang abah memberikan perhatian kepada anak-anaknya. Aku sering terlewat kesekolah kerana abah lambat pulang ke rumah mengambilku. Sehinggalah aku dibenarkan berjalan kaki dan kemudiannya mengayuh basikal pemberian pakcikku. Aku sering ke sekolah tanpa duit saku, dengan janji Abah akan menghantarnya sebelum waktu rehat. Dan Abah tidak pernah memungkiri janjinya itu, malah jika Abah sampai pada waktu rehat, abah akan belanja juga beberapa orang rakan sekolah ku ketika itu. Ini menyebabkan aku popular seolah-olah abahku seorang yang kaya. Pernah suatu ketika abah tiba agak lewat dan abah meminta kebenaran guru untuk membawaku makan di kantin. Aku merungut tetapi kelucuan abah menyebabkan aku tertawa akhirnya.
Sewaktu hari peperiksaan, abah akan menanyakan akan keperluan yang masih tiada. Abah berusaha memenuhi tuntutan ku walaupun kadangkala hampir terlambat. Aku bersemangat gigih untuk cemerlang dengan alat tulis baru dan dorongan mak dan abah. Hasilnya aku membolot tempat pertama sejak dari tahun 2 hingga tahun 6. Ini amat membanggakan abah.
Aku meneruskan penguasaan aku sehingga UPSR dan berjaya terpilih ke beberapa asrama terbaik berdekatan. Namun impian abah lebih tinggi. Abah menghantarku ke asrama penuh untuk anak-anak Felda di Kuala Lumpur. Abah berusaha menyewa kereta, mengumpul duit dan menghantar nun jauh di sana. Maka bermulalah rutinku sebagai pelajar di asrama. Pada awalnya aku kerap menghantar surat dan mak sentiasa membalasnya. Kemudian kemudahan telefon tiba di Felda ku. Aku boleh menelefon abah sekiranya abah berada di pejabat atau meninggalkan pesan kepada kerani supaya abah menunggu aku menelefonnya semula. Dan aku gembira dan bersemangat dapat mendengar suara dan gurauan abah yang sering menyamar sebagai orang India sewaktu menyambut panggilan ku. Dan kebetulan berhampiran sekolahku terdapat satu pondok telefon yang menelan duit amat lambat berbanding kadar semasa. Jika aku meletakkan seringgit, ia cukup untuk aku bersembang dengan abah sehingga panas telinga. Setelah telefon itu diperbaiki, aku pula sudah pandai men’curi’ talian dan menelefon abah seberapa lama yang aku mahu.
Namun, ingatan anak kepada ibu atau bapanya tidak kekal lama. Aku hanyut seketika dalam dunia remaja bersama rakan-rakanku. Jarang telefon, menghantar surat malah hanya membalas pendek setelah mak mengutus beberapa pucuk surat kepadaku. Pada fikiranku ketika itu, mak dan abah hanya mengada-ngada dan berlebih-lebih dan tidak memperdulikan aku kerana amat jarang menjengukku. Jika aku tidak menghubungi mereka, mereka akan menelefon ke pejabat warden untuk memanggilku.
Sehinggalah timbul kesedaran yang agak terlewat setelah aku melihat kepayahan abah datang juga menjengukku dengan menaiki bas dan selalu muncul dengan tiba-tiba di pintu kelasku. Sehinggakan guru dan rakan kelasku akan memanggilku awal jika ternampak abah tiba dari jauh. Ini kerana sikap abah yang ramah dan mesra dengan guru dan rakan-rakanku. Dan akhirnya aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan amat menggembirakan mak dan abah. Abah begitu bangga sehinggakan abah akan menceritakan akan kejayaanku kepada orang yang tidak dikenalinya walaupun sewaktu mengisi minyak.
Dan aku bertambah matang dalam menilai pengorbanan abah ketika melanjutkan pelajaran di MRSM dan seterusnya ke menara gading. Aku cuba menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab walaupun kadangkala aku bertegas dalam sesuatu keadaan. Mungkin abah pernah kecewa dan terluka dengan tingkah lakuku itu. Namun aku tiada niat melukakannya kerana sebagai seorang anak, abang, cucu, anak saudara dan kini bapa yang sulong, aku perlu ada pendirian sendiri yang kurasakan bernas untuk menangani sesuatu masalah. Sekali lagi aku memohon ampun dan maaf. Dan bersempena dengan Hari Bapa yang jatuh pada hari ini, aku dan seluruh keluargaku mengucapkan Selamat Hari Bapa buat seorang abah yang terbaik dan semoga hari-hari mendatang dijalani dengan penuh kegembiraan disamping mak, anak, cucu, atok dan saudara mara sekalian. Jaga kesihatan, jaga pemakanan dan jaga keselamatan selalu…sekian

Addicted to Nurkasih TV3

It seems like such a long time I didn’t expose myself to Malay drama. However it changes when one of my friends seduced me to watch the new series of Nurkasih. It’s a nice story to watch, with a good script, good acting and story line. I recommend this TV drama to all of you to watch and give your opinion.



Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Dibintangi oleh - Fizz Fairuz,Remy Ishak,Tiq Zaqyah,Jalaluddin Hassan,Liza Othman,Ayu Raudhah,Sharifah Sofea
source:tv3.com.my

Isnin, 15 Jun 2009

Baloq Liat

Hari pertama persekolahan selepas 2 minggu bercuti amat memenatkan dan juga melucukan. Cikgu sendiri kehilangan suara keras setelah 2 minggu tidak mengajar. Tekak terasa sempit untuk meneriak. Mungkin juga penangan durian Segamat yang dibaru permulaan musim ini. Itu baru permulaan musim...
Sejak malam tadi lagi cikgu sudah tidak lena tidur, bimbang terlewat bangun dan terpaksa bergegas-gegas. Itu akan merosakkan mood hari pertama yang memang sudah dimaklumi akan ketiadaan moodnya. Jadi cikgu bertolahk awal ke sekolah dan setiba di sekolah masih tidak ramai cikgu yang tiba. Murid-murid kelihatan lesu dan agak kurang aktif berbanding hari-hari biasa. Kemudian ada juga cikgu terdengar murid dan guru yang datang lewat disebabkan berbagai masalah. Antaranya, kereta tidak boleh di start (maklumla tidak di start selama 2 minggu), ibu lewat bangun dan sebagainya.
Sepanjang hari pula kebanyakkan guru lebih senang melayan perasaan masing-masing. Hanya segelintir sahaja yang bersembang sesama sendiri dan tidak semeriah hari-hari biasa. Mungkin masih dalam mood bercuti. Cikgu pula menjalankan kelas seperti biasa dengan beberapa kesukaran ;
1. kehilangan suara tinggi dan tersekat-sekat.
2. kurang keinginan untuk memarahi murid yang tidak menyiapkan kerja rumah (just wait).
3. Fokus murid yang kurang dan keadaan yang mengantuk.

Diharapkan hari-hari mendatang murid dan guru akan lebih bersemangat dan back on track. Cikgu cuba buang jauh-jauh sikap baloq liat dan cuba kembali seperti biasa secepat mungkin. Yeah, semangat terus bersemangat...

Jumaat, 15 Mei 2009

Ambang Sambutan Hari Guru 2009

Sejak 2 minggu yang lepas sekolah cikgu telah mula membuat persiapan untuk merayakan Sambutan Hari Guru 2009 peringkat sekolah. Murid-murid telah mula melakukan latihan untuk persembahan manakala guru-guru mula merangka aktiviti untuk dipertandingkan. Banyak acara yang biasa diadakan pada tahun sebelum ini terpaksa diubah dengan aktiviti yang lain memandangkan padang sekolah yang ditutup untuk memberi laluan kepada pembinaan 2 blok bangunan baru. Jadi secara tidak langsung cikgu hanya terlibat dengan pengelolaan pertandingan boling dan persiapan dewan.
Berbanding tahun lepas cikgu terlibat mengelolakan pertandingan futsal, bola jaring dan permainan boling. Ada juga dalam perancangan cikgu untuk mengelolakan perlawanan persahabatan badminton dan bola tampar dengan cikgu dari sekolah berdekatan. Namun kesibukan guru-guru tersebut menyebabkan perancangan bersama ini terpaksa ditunda untuk sementara waktu.
Cikgu mula disapa oleh murid-murid yang bertanyakan hadiah yang cikgu inginkan sempena hari guru nanti. Risau cikgu melihatkan kesungguhan mereka untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan masing-masing. Cikgu hanya mampu berpesan agar mereka tidak mendesak ibu atau bapa masing-masing membeli hadiah. Cukuplah sekadar kad ucapan buatan sendiri ataupun ucapan ringkas ikhlas sahaja. Ini kerana rata-rata murid di sekolah cikgu datangnya dari keluarga yang sederhana.
Jadi bersempena dengan hari guru yang bakal tiba, cikgu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik dan tidak dilupakan guru-guru yang pernah mendidik cikgu sejak dari TADIKA, SK, St John Ints, ASBKL, MRSM,KMK, USM dan MPRM. Terima kasih cikgu...

Sabtu, 9 Mei 2009

Istimewa Sempena Hari Ibu


Jasa dan pengorbanan ibu memang tidak terbatas dan tiada galang gantinya. Setelah dewasa dan berkeluarga ku makin menyedari akan hakikat ini. Melihat penat jerih isteri mengurus dan mendidik anak, terfikir olehku akan kepayahan emakku mengurus dan membesarkam kami enam beradik.
Jika dibandingkan kini dan dahulu memang terlalu ketara perbezaannya. Sewaktu kehidupanku di felda, seingat aku masih tiada bekalan air atau elektrik pada awalnya. Emak perlu mencuci pakaian di sungai ataupun menggunakan air hujan yang di tadah. Itulah juga bekalan air yang diminum oleh kami sekeluarga. Memang indah mengenangkan saat ketika cuti sekolah, emak dan jiran-jiran turun ke sungai bersama-sama mencuci pakaian dan kesempatan ini kami manfaatkan untuk bermandi manda beramai-ramai. Masih terbayang di mindaku bagaimana keindahan sungai itu dan di mana letaknya pangkin yang dibina untuk membasuh kain. Semasa perjalanan pulang berjalan kaki, emak mengambil peluang memetik pucuk-pucuk ulam yang tumbuh meliar sepanjang jalan sebagai hidangan di tengah hari.
Abah pulang sebentar di tengahhari dengan membawa ikan yang dibeli di pasar. Jika kurang berduit, abah hanya membeli telur ayam untuk dimakan kami sekeluarga. Mungkin menyedari anak-anaknya memerlukan zat yang mencukupi untuk tumbesaran, abah memelihara bermacam-macam ternakan, dari burung merpati, ayam daging, ayam hutan, puyuh, arnab dan pernah juga memelihara kambing. Jadi seminggu atau 2 minggu sekali dapatlah kami merasa makan mewah hasil dari sembelihan atau penjualan ternakan abah itu.
Setiap hari emak membekalkan aku dengan bekalan nasi dan air untuk di makan di sekolah. Emak juga membekalkan aku dengan belanja 50 sen untuk sekolah pagi dan 50 sen lagi untuk sekolah petang. Nasi yang emak bekalkan memang sedap. Gembira di saat aku bersama rakan menjamu selera di bawah pokok di tepi padang setiap kali waktu rehat. Cuma air sirap yang dibekalkan emak terlalu banyak dan sering saja aku sedekahkan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Jika tiada nasi, emak tetap membekalkan aku dengan jemput-jemput terutama jemput-jemput pisang kegemaran aku.
Aku merupakan seorang pengawas di sekolahku. Namun aku sering sahaja datang lambat ke sekolah kerana abah lambat pulang setelah keluar awal pagi untuk menghantarku ke sekolah. Kadang-kala jika terlalu lambat, emak membawaku ke jalan besar dan menahan sesiapa sahaja orang yang lalu untuk menumpangkan aku ke sekolah. Perasaan menumpang orang tidaklah seseronok menaiki motor biru suzuki buruk abahku itu. Emak juga sering manyuruh aku berjalan seorang diri dan diperhatikan sehingga hilang dari pandangan, kerana ibu perlu segera naik ke rumah untuk melihat adik. Tetapi amat jarang aku berjalan kaki hingga ke sekolah kerana pasti ada orang yang akan menumpangkan aku. Pernah berlaku peristiwa sewaktu aku di darjah 4, bilamana emak cuba-cuba membawa motor untuk menghantarku ke sekolah kerana abah ditugaskan ke luar kawasan. Namun adik-adikku enggan tinggal di rumah dan menangis untuk ikut. Maka, berempatlah kami menaiki motor buruk abah ke sekolah. Tetapi sewaktu menaiki bukit, emak tidak sempat menukar gear dan motor tersebut telah berundur semula lalu terperosok ke dalam belukar. Akulah yang mula-mula terperosok, tetapi motor tidak tumbang kerana emak sedaya upaya menahan dengan hujung kakinya (kaki emak tidak sampai memijak tanah) agar motor tidak tumbang menghumban anak-anaknya. Emak terjerit-jerit menyuruh aku turun dan menahan orang yang lalu lalang untuk membantu. Nasib baik ada seorang pakcik yang baru tiba terus manahan motor dan menurunkan adik-adikku sebelum menarik motor keluar. Dan pakcik itulah juga ku bonceng untuk ke sekolah pada hari itu. Emak masih boleh tersenyum dan tetap menyuruhku ke sekolah dengan baju yang agak kotor dan calar balar. Kasihan emak...
Ini baru setitis dari selautan pengorbanan emak yang pernah dicurahkan. Setiap hari ibu berkorban sehinggalah kini. Jasa ibu memang tidak terbanding. Jika sewaktu kecil aku berhajatkan untuk memberi ibu 10ribu untuk membalas jasanya, kini 10 ribu itu amat-amat kecil dari nilai pengorbanan ibu.

Sempena Hari Ibu pada hari ini, dan jika emak membuka blog ini, Ham nak mengucapkan Selamat Hari Ibu, walaupun tidak mengungkap dengan kata-kata namun emak tetap insan nombor satu di dalam hati. Semoga emak ceria di samping abah dengan adik-adik semuanya telah berjaya melanjutkan pelajaran dan bekerja. Salam sayang dari anakmu dan cucu-cucumu.

Jumaat, 8 Mei 2009

SKKJ Bowlers




Congratulations to all Segamat Bowlers for the outstanding performance in MSSM Johore Tenpin Bowling Tournament 2009.

Jumaat, 1 Mei 2009

I`m home..

Selamat bercuti kepada semua. Pasti ada yang sudah travel separuh semenanjung dan mungkin ada juga yang belum meninggalkan katil masing-masing. Bagi cikgu sekeluarga, kesempatan yang ada ini cikgu guna sebaik mungkin untuk pulang ke kampung. Walaupun kampung cikgu tidak sejauh mana, hanya kira-kira 2 jam perjalanan, namun kesempitan ruang dan waktu menyebabkan kampung yang sedekat itu pun jarang dijenguk. Sebagaimana cikgu pernah ulas sebelum ini, kerinduan atuk dan nenek kepada the only grandson and grandaughter nya tidak boleh di tahan-tahan. Hampir berbelas kali telefon berbunyi bertanyakan bila akan sampai. Dan akhirnya kami sekeluarga selamat tiba jam 8 malam tadi.

Khamis, 30 April 2009

Suatu pengajaran...



Walaupun membawa reputasi yang agak gah, pasukan bolasepak sekolah cikgu akhirnya terpaksa menelan kepahitan pulang awal setelah mengalami 2 kekalahan berturut-turut. Kekalahan ini amat sukar diterima oleh pasukan cikgu memandangkan perlawanan tersebut tidaklah sesukar mana dan penguasaan permainan adalah seimbang. Namun penyudah yang kurang berkesan dan kesilapan pertahanan mengundang padah setelah lawan berjaya menjaringkan 1 gol sahaja dalam setiap perlawanan. Ini merupakan pengalaman berguna kepada semua pemain agar lebih fokus dan tidak terlalu yakin menentang pasukan yang kurang ternama.

Khamis, 23 April 2009

Congratulation...



For another year SKKJ has won all the categories in the MSSD Segamat Tenpin Bowling Tournament. Congratulation to all players, parents, coaches and administrator.

Sabtu, 18 April 2009

Saya Banyak Kerja, Dia Takde Kerja…

Pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja..

Saya tak ingat siapa yang menuturkan dialog tersebut. Yang pastinya dialog ini memang cukup popular.

Tak kisahlah siapa yang cakap dialog tersebut. Yang pentingnya saya nak bincangkan hari ini adalah tentang beban kerja.

Saya pelik bila ada orang yang kata, “Kerja aku ni sangat banyak.. Tapi si polan tuh takde kerja.”

Adakah kerana kita lihat si polan tuh sentiasa tersenyum ke sana ke mari, tak mengepit buku di celah ketiak, tidak berjalan terlari-lari, maka kita katakan si polan tuh takde kerja?

Si Polan tuh mungkin memang seorang yang periang, sebab tuh dia sentiasa senyum dan ceria saja. Dia juga mungkin seorang yang merancang dan sentiasa buat kerja di tempat yang sesuai, sebab tuh tak perlu nak kepit buku di celah ketiak ke sana ke mari. Si polan tuh juga mungkin seorang yang menikmati kehidupannya, sebab tuh dia jalan relek-relek aje..

Tapi siapa kita ni yang suka-suka hati nak cakap orang lain takde kerja hanya kerana dia tidak bersikap macam kita?

Setiap individu ada caranya tersendiri nak menangani stress dan bebanan kerja. Sementara kebanyakan orang suka menunjukkan kepada orang lain yang dia telah melakukan banyak perkara berbanding orang lain, ada juga orang yang memang telah melakukan banyak perkara tapi tak perlu nak beritahu orang lain.

Bagi saya, tak kiralah anda seorang pengurus, pegawai kanan, pegawai kiri, supervisor, kerani, tukang sapu.. Setiap orang telah diberikan peranannya yang tersendiri dan mengalami tahap kesibukan yang sama rata.

Dan sama sekali tidak wajar untuk kita katakan yang orang lain takde kerja berbanding kita yang ada terlalu banyakkkkk kerja..

P.S.: Mungkin kita tak reti menguruskan masa dan kerja, sebab tuh kita jadi terlalu sibuk..

P.P.S.: Atau mungkin sebenarnya kita ni buat-buat sibuk?

Kejujuran dan Keikhlasan Guru Zaman Sekarang…

Kejujuran dan keikhlasan bukanlah satu ciri-ciri atau tingkahlaku mahupun benda yang boleh kita nilaikan dari mata kasar. Malahan, pada pendapat saya kita sebagai manusia biasa tidak layakpun untuk menentukan samada seseorang itu jujur atau ikhlas. Kejujuran dan keikhlasan seseorang melaksanakan sesuatu tugas, tidak kira anda seorang guru atau pun tidak, hanya boleh ditentukan oleh Allah S.W.T.

Adakah kerana seseorang guru itu menerima bayaran untuk tugasan mengajarnya menyebabkan guru tersebut tidak jujur dan tidak ikhlas?

Kalau begitulah keadaannya, minta maaf saya terpaksa cakap bahawa semua guru di dunia ini bukanlah guru yang ikhlas dan jujur kerana semua guru di dunia terutamanya di Malaysia dibayar gaji oleh kerajaan untuk mengajar di sekolah. Itu kalau sekolah kerajaan. Apatah lagi guru sekolah swasta dan guru tuisyen yang nyatanya kadar bayarannya adalah lebih tinggi berbanding guru kerajaan.

Jadi, di mana dan bagaimana dengan kejujuran dan keikhlasan guru?

Hakikatnya, guru juga seorang manusia biasa seperti anda dan jiran anda. Hehehe.. Seorang guru juga ada bil yang perlu dijelaskan, ada anak isteri (atau suami) dan tanggungan yang perlu disediakan makan minum, pakai dan tempat tinggal. Lebih hebat lagi, seorang guru juga perlu mengeluarkan sejumlah wang poket sendiri untuk memastikan dirinya sentiasa up-to-date dengan ilmu dan teknologi yang terkini, tidak kiralah samada untuk membeli buku dan bahan rujukan atau mempunyai talian internet di rumah.

Tambahan pula, anak-anak zaman sekarang lebih meluas pemikirannya. Mereka sudah pandai menentukan samada seseorang guru itu cantik, kemas ataupun selekeh dan lebih kurang saja penampilannya. Bukan murah kosnya untuk memastikan kita sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan mata murid-murid. Guru yang kemas dan menarik akan dapat memastikan perhatian murid-murid sentiasa berpusat padanya sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran.

Jadi, masih relevankah jika guru zaman sekarang hanya dihadiahkan pisang, durian, ubi kayu ataupun kain pasang sebagai tanda terima kasih kerana mengajar anak-anak?

Pembaca yang saya hormati,

Pepatah inggeris ada menyebut, “If you pay nuts, you get monkeys”. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ‘you get back what you give’. Apa yang anda beri (atau bayar) itulah yang anda dapat. Jika pisang yang anda bayar kepada guru yang mengajar anak-anak anda, maka menjadi monyetlah anak-anak anda itu. Hehehe.. Bukan gurunya yang menjadi monyet!

Begitulah keadaan dunia zaman sekarang. Masakan sama dengan 20, 30 tahun yang lampau. Bahkan langsung tak sama dengan 10 tahun yang lepas.

Bagaimanapun pada pendapat saya, masih ada ruang untuk guru zaman sekarang memiliki kejujuran dan keikhlasan mengajar walaupun menerima bayaran. Guru perlu memberikan lebih sedikit daripada apa yang perlu diajar. Jika janjinya mengajar murid-murid mengira, guru boleh memupuk tingkahlaku yang baik pada murid-murid yang diajar. Ataupun menunjukkan pada murid bagaimana mereka boleh belajar sendiri di rumah. Itukan nilai tambah, tidak termasuk pun dalam perjanjian mengajar dan bayaran.

Isnin, 13 April 2009

Great teacher inspires...

Setiap hari cikgu cuba memikirkan pendekatan terbaru untuk dipersembahkan kepada murid-murid. Tiada kepuasan jika hanya mengajar untuk menghabiskan waktu sahaja. Cikgu cuba berpegang kepada kata "great teacher inspires...". Kadang kala cikgu juga seolah-olah memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang baru walaupun akhirya berakhir dengan kegagalan. Bagi cikgu, murid mempunyai sesuatu yang terpendam yang harus di cungkil dan di ketengahkan. Malangnya apa yang cikgu dapati tidak banyak cikgu-cikgu lain di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggilap kebolehan murid-murid mereka. Bayangkan jika semua cikgu menjalankan tugas mereka tanpa rasa rugi, pasti murid-murid yang dihasilkan akan berkualiti. Fikir-fikirkan...

At last...

Akhirnya...setelah berbulan cikgu survey di pasaran, akhirnya cikgu ambil keputusan untuk membeli modem broadband vodafone semasa PC Fair minggu lalu pada harga yang cukup murah. Kiranya selepas ini semakin mudahla cikgu online tanpa banyak kerenah. Kalau dulu jika mahu online perlu tukar kad sim telefon ke kad sim broadband. Leceh, sebab pada mulanya cikgu bercadang hendak combine both line into one simcard. Tapi cara ni tak bagus untuk prolong jangka hayat 3G phone cikgu. So, i decided to leburkan duit sikit untuk kemudahan, keselesaan dan penjimatan jangka panjang.

Jumaat, 27 Mac 2009

PPSMI FAQ

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

Khamis, 19 Februari 2009

Misi All Johore

Esok cikgu akan bertolak ke Muar bagi mengiringi kontinjen badminton Segamat berentap di peringkat negeri. Jika berjaya cikgu akan mengiringi mereka pula ke Perlis untuk ke peringkat kebangsaan. Suatu pekerjaan yang amat meletihkan, tetapi dari sudut positifnya cikgu dapat mengambil pengalaman berguna bagaimana profesional shuttler melatih bakat muda.

Jika diperhatikan banyak teknik tunjuk ajar yang jarang dilihat dapat digunapakai dalam melatih bakat baru di sekolah. Malah cikgu juga mencuri serba sedikit teknik yang di ajar untuk kegunaan sendiri nanti. Ada juga cikgu cuba berentap dengan pemain bawah 18, memang tercungap habis. Terutama dari segi stamina dan pergerakan kaki. Persoalan, adakah pergerakan dan stamina cikgu semakin menurun? Bak kata Nabil 'lu pikirla sendiri...'.

Sabtu, 14 Februari 2009

Sehari suntuk

Ketika dan saat ini cikgu masih keletihan kerana mempersiapkan garisan bagi latihan bola jaring di sekolah. Percaya atau tidak kerja ini cikgu lakukan seorang diri. Dan percaya atau tidak cikgu masih mampu tersenyum ketika melakukan semua itu seorang diri. Entah dari mana datangnya motivasi dalam diri cikgu itu. Mungkin sebagaimana yang cikgu pernah katakan sebelum ini, kerja cikgu ketika ini 1/10 lebih mudah berbanding bekerja di sektor perindustrian dahulu.

Lagi satu motivasi cikgu mungkin datangnya dari nasihat bekas pengetua cikgu di MRSM Jasin dahulu. Dimana setiap kali perhimpunan, beliau menasihati semua agar ikhlas dan sentiasa mengucapkan LILLAHITAALA terutama sebelum memulakan kerja. Perkara tersebut menjadi amalan cikgu dan mengucapkannya setiap kali terasa kurang motivasi ataupun malas.

Mungkin ini juga boleh dijadikan amalan semua kerana percaya atau tidak dengan keikhlasan banyak pertolongan ghaib akan muncul disaat kita amat memerlukan. InsyaAllah.
cikgu moden has launched the new portal
http://cikgumoden.blogstarz.my

Selasa, 10 Februari 2009



Just impressed on how their willingness to sacrifice to put themselves to what they are now.

Ahad, 8 Februari 2009

Mini Birthday for Zahra

Dear Zahra,

Daddy and Ummi promised to celebrate your 1st birthday together with your brother Zakuan within next month. This is due to Global Economic Crisis which also affected Daddy`s monthly revenue.

However, still Daddy and Ummi hereby this mini cake for our family mini celebration. Hope you dont mind.

Anyway, Daddy and Ummi wishing you Happy 1st Birthday and may Allah bless you always

Your sincerely,
Daddy


Happy 1st Birthday Zahra Saffiya Bt. Izham Faizul

Ketika kelam kabut membawa anak kedua cikgu ke bilik air kerana 'leaking', isteri cikgu menyapa dari belakang. "Dah bangun ye Zara, hepi besdayyyy...". Terkedu cikgu sebentar di pintu bathroom. Terasa ralat di dalam hati, bagaimana boleh terlupa tarikh penting sebegini. Lebih-lebih lagi hari jadinya yang pertama. Mungkin kerana sebelum ini terlalu mengharapkan reminder dari handphone sahaja, dan kebetulan handphone tersebut tidak di caj pada malam sebelumnya. Jadi, inilah akibatnya...

Mengenang kembali kelahiran yang tidak diduga yang pernah cikgu coretkan sebelum ini, kini Zahra membesar sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan ceria. Sering kali keletihan cikgu pulang dari sekolah lenyap tatkala di sambut oleh senyuman dan hilai tawa si Zahra. Apa yang cikgu perhatikan, Zahra sangat kurang menangis. Jika dalam seminggu boleh dikatakan hanya beberapa kali menangis. Itupun sebab disakat oleh abangnya, Zakuan. Perbezaan mereka berdua amat ketara sekali terutama dari segi kekerapan menangis. Malah jika dikenangkan, telah beberapa orang bomoh dan ustaz pernah cikgu terpa kerana tangisan si Zakuan yang tidak berhenti-henti. Cuma ia semakin berkurangan setelah cikgu berjaya pindah untuk tinggal bersama dari Petaling Jaya.

Zahra lahir dalam keadaan yang kelam kabut. Cikgu sangat khuatir ketika itu andai kelahiran Zahra yang tidak cukup bulan akan membantutkan sebarang pembesaran atau mengganggu perkembangannya kelak. Pelbagai versi cerita yang cikgu dengar tentang kelahiran bayi pramatang. Ada yang kurang pendengaran, penglihatan malah percakapan membuatkan cikgu amat-amat rasa bersalah. Silap cikgu juga kerana tidak bersedia untuk perkara sebegini kerana jangkaan cikgu semuanya akan normal sahaja. Kelemahan cikgu disini ialah terlalu bersikap optimistik. Nasihat cikgu kepada bakal ibu bapa di luar sana, sentiasalah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Namun kini setelah setahun, tiada sebarang kekurangan dari segi kesihatan yang cikgu perhatikan. Cuma Zahra masih belum boleh berjalan berbanding abangnya yang bertatih ketika 11 bulan serta Zahra mempunyai selera makan yang agak tinggi. Tetapi itu tidak merisaukan, kerana yang lebih penting kesihatan dan perkembangannya adalah normal.

Untuk Zahra, Daddy ucapkan Selamat Hari Lahir yang PERTAMA. Semoga Zahra akan membesar sebagai seorang Muslimah yang solehah, berperibadi tinggi, bijak dan taat pada suruhan agama. Daddy sentiasa doakan...

Zahra ketika 2 hari

The latest Zahra with her aunt.

Zahra ketika diganggugugat by her only brother, Zakuan.

Khamis, 5 Februari 2009

Cuit politik

Terus terang cikgu katakan, cikgu memang mengikuti perkembangan politik tanahair secara dekat dan teliti. Mungkin kerana rentetan berpolitik sejak di menara gading lagi. Namun penglibatan cikgu sekarang hanya sebagai ahli biasa sahaja.

Kini kecoh tentang peralihan kuasa di Perak yang menyaksikan 2 YB PKR telah menyertai UMNO. Diikuti pula Adun Bota yang main tenteng melompat kesana kemari. Sememangnya politik ini memperlihatkan sesuatu yang aneh, janggal dan sedikit jijik. Apa yang dicakap langsung tidak boleh digunapakai. Senangnya menukar prinsip perjuangan seolah-olah menukar seluar dalam.

Jika dikaji sudut kronologi kes ini, 2 YB yang melompat ke UMNO itu baru sahaja di tuduh atas tuduhan rasuah seks. Kes ini amat serius bagi seorang pemimpin rakyat. Namun kini situasi menjadikan mereka untung berganda. Dan UMNO pula melihat ini sebagai satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Keputusan menerima mereka dilihat sebagai uasaha terdesak UMNO untuk mengambil alih Perak. Namun jika keputusan ini silap, maka UMNO kembali akan kehilangan Perak pada PRU13 malah mungkin dengan majoriti yang lebih tinggi.

Pada pendapat cikgu, kini rakyat terlalu geram dengan UMNO. Jadi apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO walaupun baik akan kritik dan disalah ertikan apatah lagi jika ia suatu perkara yang buruk. Jadi adalah lebih baik jika UMNO lebih bersifat low profile dan bertindak matang. Jangan terlalu agresif dan terburu-buru sehingga menyebabkan banyak keputusan akan diragui rakyat. Para pemimpin UMNO hanya patut terus menjalankan tugas seperti biasa, dan pergolakan parti lain tidak harus dicampuri. Apabila keadaan agak reda dan semakin banyak kepincangan lawan, ketika itulah UMNO patut menjalankan peranannya membuktikan mereka adalah yang terbaik. Jadi buat masa sekarang, diam adalah lebih baik.

Gaza

Sana sini kedengaran suara simpati tentang Gaza. Saudara Muslim yang tertindas begitu meruntun jiwa. Cikgu terpanggil untuk mengulas sedikit tentang Gaza berkenaan bantuan kemanusiaan yang masih tidak boleh memasuki Gaza.

Berikut adalah pandangan ringkas cikgu. Dari peta yang cikgu lihat, bandar Gaza yang sekangkang kera itu mempunyai kira-kira 6 ribu km persegi pantai. Pantai-pantai tersebut bukan sahaja menarik untuk pelancongan, malah ia juga sesuai untuk dijadikan pelabuhan. Sekiranya terdapat inisiatif OIC atau pertubuhan negara Islam yang lain untuk mewujudkan pelabuhan, sudah tentu bantuan dapat disampaikan dengan lebih lancar. Walaubagaimapun usaha ini bukan mudah kerana sudah tentu setiap kapal yang melalui perairan Israel akan diperiksa untuk mengelakkan penyeludupan senjata. Malah usaha ini mungkin akan mendapat tentangan habis-habisan Israel. Wallahuallam...

Sabtu, 31 Januari 2009

Bingit PPSMI

PPSMI di sekolah cikgu berjalan dengan agak perlahan walaupun sesudah 7 tahun berlalu. Bagi kelas teratas, PPSMI dapat dijalankan 75%, diikuti 50%, 30% dan 10% untuk kelas yang dihujung. Ini sesuai dengan status sekolah cikgu iaitu sekolah luar bandar. Baru sebentar tadi satu perhimpunan diadakan oleh pihak GMP menggesa tindakbalas segera kerajaan tentang isu PPSMI. Alasan yang diberikan oleh para penganalisis di UKM ialah ianya tidak kompetitif dan tidak sesuai dijalankan sekarang. Persoalannya, jika tidak sesuai bilakah waktu dan ketika yang dirasakan sesuai? Kerajaan telah berhabis berbilion ringgit menyediakan modul, kursus, perisian dan sebagainya untuk memastikan PPSMI berjalan lancar. Dan jika kini dibatalkan perbelanjaan berbilion juga perlu bagi mengubah keseluruhan sistem dan jika tiba masa yang dirasakan sesuai kerajaan akan berbelanja lagi untuk melaksanakannya semula. Ia tidak ubah seperti cycle of waste.

Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, jalan tengah terpaksa diambil. Jika dihapuskan akan ada pihak yang mengondem dan jika tidak dihapuskan ia akan memekakkan telinga dari semasa ke semasa. Jalan tengah yang dimaksudkan bukan kredibiliti cikgu untuk tentukan. Cikgu hanya yang menurut perintah dan belum tiba masanya lagi memberi perintah. Cuma cikgu dan sudah pasti ramai lagi sudah bingit dengan isu ini. Cukuplah...

Isnin, 12 Januari 2009

MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.