Jumaat, 31 Oktober 2008

Aidilfitri SKKJ 2008

Walaupun telah sehari melewati bulan Syawal, namun sekolah cikgu masih lagi sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Disebabkan kekangan masa, kami mengambil keputusan merayakan perayaan ini agak lewat dari kebiasaan. Namun kemeriahan tetap terasa bilamana semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan menggalakkan dari semua murid. Antara acaranya ialah pertandingan marhaban, selawat dan nyanyian lagi Aidilfitri solo dan berkumpulan. Ini adalah antara gambar yang sempat cikgu uploadkan sebentar tadi. Syabas...

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Cikgumoden di Skudai

Kursus Pengurusan GPK Ko-K, Hotel Good Hope, Skudai



Tidak sampai beberapa hari pulang dari Langkawi, cikgumoden terpaksa lagi meninggalkan anak isteri untuk mengganti kehadiran GPK Ko-K sekolah cikgumoden ke kursus ini. Mungkin ada pro dan kontranya mempunyai hati yang lembut. Atas dasar lembut hati, cikgumoden sanggup menggantikan bos cikgumoden ke kursus ini kerana tak sampai hati melihat beliau bercelaru kerana terpaksa menguruskan pertunangan anak perempuannya Sabtu ini. Tapi pada masa yang sama, cikgumoden merasa bertuah kerana terpilih berada di kalangan GPK dan jarang guru biasa seperti cikgumoden terlibat dengan kursus pengurusan seperti ini. Walaupun agak sukar membawa diri dikalangan mereka, namun banyak yang dapat dipelajari dari segala sudut dan segi(tidak termasuk pengalaman individu)yang biasanya hanya didapati jika kita telah berusia lewat 40-an.

Mendengar penerangan dan penelitian secara langsung dari mulut ketua sektor dan unit memberikan cikgumoden gambaran jelas tentang apa dan bagaimana suatu isu itu diuruskan. Dan kesan langsung dari ini akan membawa kemahiran cikgumoden lebih dekat dengan pihak pengurusan. Sememangnya bagus terlibat dalam kursus seperti ini jika dilihat dari aspek pengisian nya, tetapi agak kurang sesuai bagi cikgumoden untuk berada di kalangan mereka yang hebat dan berpengalaman ini. Namun penerimaan mereka akan kehadiran cikgumoden amat dihargai.

Semoga berjumpa lagi...

Bas tambahan
Agaknya hampir 2 tahun cikgumoden tidak lagi menggunakan bas ekspress. Ketika menghadiri kursus ini, cikgumoden tidak melepaskan peluang menaiki bas ekspress dari Segamat ke Skudai semata-mata untuk menjimatkan kos. Berbanding memandu sendirian, sudah tentu kosnya berlipat kali ganda.

Tetapi apa yang ingin cikgumoden kongsikan disini ialah berkenaan tambang yang dikenakan oleh bas tambahan. Setelah selesai berkursus, cikgumoden terus ke kaunter tiket berhampiran hotel penginapan. Namun, tiket sudah terjual habis. Memang sudah cikgumoden jangkakan kerana lusa merupakan sambutan Deepavali. Cuma anggapan cikgumoden ialah tidak ramai Indian yang akan pulang pada hari Sabtu kerana sudah pulang pada hari Jumaat. Tetapi jangkaan meleset apabila kaum lain pun berpusu-pusu pulang ke kampung terutama rakyat kita yang bekerja di Singapura.

Lantas cikgumoden bergegas ke Larkin dan berpusu-pusu membeli tiket. Namun tetap hampa. Tiket terawal ialah pada pukul 9.30 malam sedangkan ketika itu baru pukul 2 petang. Tak sanggup rasanya menunggu sehingga malam, dan cikgumoden mengambil keputusan untuk meaiki teksi dari Larkin ke Segamat. Tetapi bayaran untuk sebuah teksi pula mencecah RM200. Jika ingin jimat, terpaksala menunggu penumpang lain sehingga 4 orang, kemudian barulah boleh berkongsi RM50 seorang.

Ketika sedang menunggu, kedengaran laungan si ulat tiket tentang bas tambahan ke Segamat. Tanpa membuang masa cikgumoden meluru dan terus bertanya ingin membeli, namun harga yang dikenakan memang luarbiasa iaitu RM40 seorang. Amat berbeza dengan tambang normal iaitu RM15.60 sahaja. Oleh kerana keadaan mendesak, cikgumoden pun membeli tiket tersebut asalkan dapat pulang dengan segera. Pada anggapan cikgumoden, bas ini mestilah selesa dan cantik.

Tepat 4.30 petang, cikgumoden sudah terpacak didepan kaunter menunggu dibawa ke bas. Seorang konco ulat tiket membawa kami semua ke sebuah bas yang terselit di celah-celah kenderaan lain di jalan utama. Dan apa yang mengejutkan, bas tersebut ialah bas kilang yang sudah uzur dan luntur. Berada di dalam bas ini amat tidak menyelesakan. ruang kaki yang sempit tidak memungkinkan untuk seat di turunkan. Maka, duduk tegaklah cikgumoden sehingga ke Segamat. Dan ketika tiba di Segamat, tidak tergambar kegembiraan cikgumoden kerana tamat sebuah penyeksaan.



p/s : sampai hari ini badan cikgumoden masih lagi terasa lenguh.

Isnin, 20 Oktober 2008

Tiada Noktah

Jurang ketaksamaan, juang pendapatan, jurang sosial yang dianggap lumrah dengan himpitan keanekaragaman kebejatan akidah disamping kecairan jiwa manusia dan patriotisme dalam kalangan generasi muda yang dihimpit kecelaruan emosi,keruntuhan akhlak menyayat hati, ketempangan rohani, nilai moral yang diperkotak katikkan golongaan ekstrem yang kekurangan kemahiran insaniah, mandul mindanya, terlupa akar bangsanya, kehilangan upaya pemikirannya menjerumus generasi wiraswasta kearah kecemerlangan dalam kehampaan, era prakemerdekaan, kembali ke lembah kehinaan dalam kemerosotan peradaban dipacu kelemahan dan kelompangan kumpulan pemikir yang lesu dari segi ilmunya, pincang akhlaknya lantaran kerakusan golongan kapitalis mencubit limpahan kemewahan negara dengan kerangka yang rapuh melebihkan aspek kebendaan dan meterialisme meruntun kepupusan dalam kepelbagaian hanya berlegar diulit serba serbi kemewahan ditunjangai nafsu yang pragmatis, ghairah mengejar peluang era baru yang sarat dengan cabaran mengimpikan kejayaan ke puncak jagat tanpa memperdulikan kegawatan membawa musibah yang besar, YANG MAHA BESAR...

Inilah kalimah emosi yang mencelaru benakku..

cikgumoden 1.09 petang (tatkala menjaga exam)

Ahad, 19 Oktober 2008

Burung Lang Batu Kawi Part 2

Hikayat Merong Mahawangsa

Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Langkawi sudah pasti tidak mengetahui tentang kaitan antara Langkawi dengan hikayat ini. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan titik tolak sejarah lagenda Langkawi. Disini aku akan menceritakan secara ringkas tentang lagenda itu mengikut kefahaman sendiri. Kekurangan atau kecacatan penceritaan kisah ini adalah di atas kelemahan diriku sendiri.

Merong Mahawangsa merupakan pemerintah sebuah kerajaan di India. Terjadi suatu peristiwa di mana puteri Rom ingin di nikahkan dengan Putera Raja dari India. Pernikahan ini mendapat tentangan dari Garoda (siapa Garoda?) yang cemburu kerana ingin memiliki puteri tersebut. Garoda telah pergi mengadap Nabi Sulaiman untuk meminta baginda agar tidak merestui pernikahan tersebut. Malangnya, baginda merestui pernikahan tersebut atas sebab penyebaran dakwah. Ini telah menaikkan kemarahan garoda dan bertekad untuk menggagalkan rombongan pengantin dari India itu.

Garoda telah merangka strategi untuk menyerang hendap kapal-kapal yang dinaiki oleh Putera Raja tersebut di perairan Langkawi. Strategi gerila ini membuahkan hasil apabila kapal-kapal itu semuanya berjaya dimusnahkan dan di tawan. Berita ini sampai ke pengetahuan Merong Mahawangsa yang kemudian bertindak pergi sendiri bersama tenteranya ke Langkawi. Setibanya di sana, Merong Mahawangsa melancarkan panah saktinya ke udara dan bertukar menjadu Jentayu yang gagah menentang Garoda. trejadilah pertarungan hebat, bergegar dan bergempita bumi berhari-hari lamanya. Dan akhirnya Garoda mengaku kalah dan melarikan diri.

Namun kisah ini masih tidak berakhir. Garoda menculik puteri Rom itu dan menyorokkannya di salah sebuah gua di Langkawi (masih di Langkawi). Dan kali ini rombongan putera raja itu diserang kali kedua dan kapalnya pecah di Langkawi. Merong Mahawangsa yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui putera raja tersebut. Baginda bertekad tidak akan pulang ke India selagi tidak menemui Putera Raja tersebut samada hidup atau mati.

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang terjadi kepada putera raja tersebut yang terdampar di pantai Langkawi dan kebetulan pula berhadapan dengan gua yang menempatkan puteri raja yang du culik oleh Garoda. Nabi Sulaiman campur tangan dalam persengketaan ini dengan mengarahkan Herman Shah untuk melarikan pasangan mempelai ini jauh agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa lagi. Tinggallah kedua pasangan kekasih ini aman bahagia selama-lamanya di bawah perlindungan Nabi Sulaiman.

Merong Mahawangsa yang tercari-cari putera raja tersebut akhirnya berlabuh di Sg. Merbok lalu membina kerajaan barunya di situ. Kerajaan baru itu di namakan Qalda (Kedah).

Bagi yang ingin mempersoalkan kesahihan kisah ini, bolehlah terus mengkaji Hikayat Merong Mahawangsa. Siapakah Garoda? Apakah itu Jentayu? Adakah merupakan sebuah kapal pejuang? Bagaimanakah peperangan dahsyat zaman kuno itu boleh melibatkan letupan-letupan yang kuat? Siapakah Herman Shah? Persoalan ini jika dikaji akan membawa kita kepada tanggapan pengkaji Barat. Iaitu peperangan antara makhluk asing yang mempengaruhi ketamadunan dunia. Wallahuallam...

Mahsuri


Sejarah Langkawi sememangnya berkisar tentang sumpahan Mahsuri. Langkawi telah disumpah tidak akan aman selama 7 keturunannya. Kebetulan tikaman Karma Wijaya terkena pada pundi susu Mahsuri yang dikatan Mahsuri berdarah putih. Kebetulan setahun selepas Langkawi disumpah, Siam telah melancarkan peperangan hangus keatas Langkawi dimana tentera Siam membakar apa sahaja binaan yang terdapat di Langkawi. Dan kebetulan juga sumpahan itu berakhir pada era Tun M.

Dari kisah tadi juga kebetulan demi kebetulan ini kadangkala menyebabkan kita percaya pada sesuatu yang mustahil. Malah banyak lagi kebetulan yang kita tidak dapat huraikan secara logik akal. Teori RAHMAN misalnya, secara kebetulan telah menyusun atur kepimpinan negara dari dulu sampai sekarang. Adakah ini kebetulan?

Khamis, 16 Oktober 2008

Burung Lang dan Batu Kawi Part 1


Langkawi

Aku baru pulang dari Langkawi. Mengetuai kontijen Johor sempena Perhimpunan Mesra Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan sememangnya meletihkan. Program yang berterusan selama 4 hari 3 malam dengan melawat sekitar Langkawi benar-benar ku nikmati sepenuhnya.

Walaupun selama ini aku begitu teringin ke pulau lagenda itu, namun kutahankan juga kerana aku yakin suatu hari nanti aku akan ditaja kesana. Nyata penantian ku berbaloi. Bukan kerana lokek, tetapi mengapa perlu bayar jika segalanya anda boleh dapat percuma.

Pada anggapanku Langkawi amat maju dan hebat nyata meleset. Mungkin kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi ataupun aku masih tidak berpeluang melihat keseluruhannya. Aku hanya lihat Langkawi sebagai pulau yang dahagakan pelancong yang inginkan suasana kepulauan. Cuma yang menarik minat pelancong dalam negara mungkin disebabkan barang-barang berjenama yang bebas cukai (duty free). Selebihnya barulah tarikan dari Cable car, Underwater World, Galeri Perdana, Kraftangan dll.

Namun niat murni dan usaha yang dimulakan oleh Tun M arkitek Langkawi tidak wajar dipandang enteng. Usaha membangunkan Langkawi dari sebuah pulau sumpahan bukannya mudah seperti yang disangka. Pada logik akal, siapakah yang sanggup menyabung nyawa merentasi laut untuk ke sebuah pulau yang begitu mundur? Ini nyata diubah sama sekali oleh Tun M. Kini Langkawi merupakan destinasi wajib pelancong ke negara ini.

Visionary
Semasa menaiki bas melintasi lapangan terbang Langkawi, kami terlihat sebuah jambatan yang dibina di pesisir pantai itu. Namun tiada kenderaan yang boleh melalui jambatan tersebut dan hanya terbiar sahaja. Bagi kami ini suatu pembaziran, namun menurut jurucakap pelancong kami itulah keajaiban Tun M. Jika tidak kerana jambatan itu atau lebih layak di gelar tembok, sudah tentu Lapangan terbang Langkawi terjejas teruk akibat peristiwa tsunami 2005. Ini kerana hanya bahagian itu yang menempatkan bangunan terdedah kepada ancaman lautan luas. Adakah benar ini memang jangkaan Tun M? Wallahuallam...