Isnin, 12 Disember 2011

Otak Syaitan (2nd post)

"Manusia dikurniakan dengan komposisi otak yang serupa. Malah kebanyakkan manusia pula hanya menggunakan 5% sahaja dari keupayaan otak sepanjang hayat mereka. Otak kiri lebih bersifat mengingat dan logik, manakala otak kanan bersifat nombor dan algeb. Tetapi persoalannya, otak dibahagian manakah yang mempengaruhi andaian, ramalan dan telahan yang menjadi duri dalam daging yang merosakkan hubungan sesama manusia. Cara segelintir manusia yang membuat andaian dan telahan membabi buta dan kemudiannya melenting menyebabkan persoalan ini semakin menjadi tanda tanya.

Mungkin cara aku berfikir menyebabkan aku yang merasakan orang lain agak pelik. Namun bila persoalan ini dilontarkan, ramai lagi orang di sekeliling merasakan perkara yang sama. Kewujudan individu yang hidup diatas andaian dan telahan semata-mata amat menjelikkan. Bukankah hidup ini lebih indah tanpa prasangka dan andaian 'jahat'. Apa yang aku perhatikan, kekuatan rohani memainkan peranan dalam menangani persoalan ini. Dan kesimpulannya, tiada bahagian otak yang mendominasi perkara tersebut, tetapi lebih kepada benteng diri sendiri dari mendengar hasutan SYAITAN!!"

Aku pernah ulas tentang perkara ini sekali, malangnya aku terpaksa berhadapan sekali lagi dengan skrip yang serupa buat kali ke 2. Andaian membabi buta tanpa usul periksa menyebabkan masalah langsung tidak boleh diselesaikan. Gunakan otak anda sebelum membuat tindakan kerana ia adalah kurniaan Tuhan yang paling berharga.