Isnin, 12 Disember 2011

Otak Syaitan (2nd post)

"Manusia dikurniakan dengan komposisi otak yang serupa. Malah kebanyakkan manusia pula hanya menggunakan 5% sahaja dari keupayaan otak sepanjang hayat mereka. Otak kiri lebih bersifat mengingat dan logik, manakala otak kanan bersifat nombor dan algeb. Tetapi persoalannya, otak dibahagian manakah yang mempengaruhi andaian, ramalan dan telahan yang menjadi duri dalam daging yang merosakkan hubungan sesama manusia. Cara segelintir manusia yang membuat andaian dan telahan membabi buta dan kemudiannya melenting menyebabkan persoalan ini semakin menjadi tanda tanya.

Mungkin cara aku berfikir menyebabkan aku yang merasakan orang lain agak pelik. Namun bila persoalan ini dilontarkan, ramai lagi orang di sekeliling merasakan perkara yang sama. Kewujudan individu yang hidup diatas andaian dan telahan semata-mata amat menjelikkan. Bukankah hidup ini lebih indah tanpa prasangka dan andaian 'jahat'. Apa yang aku perhatikan, kekuatan rohani memainkan peranan dalam menangani persoalan ini. Dan kesimpulannya, tiada bahagian otak yang mendominasi perkara tersebut, tetapi lebih kepada benteng diri sendiri dari mendengar hasutan SYAITAN!!"

Aku pernah ulas tentang perkara ini sekali, malangnya aku terpaksa berhadapan sekali lagi dengan skrip yang serupa buat kali ke 2. Andaian membabi buta tanpa usul periksa menyebabkan masalah langsung tidak boleh diselesaikan. Gunakan otak anda sebelum membuat tindakan kerana ia adalah kurniaan Tuhan yang paling berharga.

Rabu, 1 Jun 2011

Surat Terbuka untuk Yusry KRU


Salam,
Sekadar mengisi masa lapang. Alhamdulillah, saya telah menonton Karak di Cineplex Malacca mall semalam. Tahniah atas kehebatan dan kecanggihanteknik kesan khas yang digunakan. Namun, sebagai anak jati Pahang, saya rasa terdapat beberapa kesilapan fakta berkaitan hantu dalam filem berkenaan, antaranya :
1. Babak dimana si suami meninggalkan isteri dan anaknya. Seingat saya, ia bermula ketika dalam perjalanan, si suami ingin membuang air kecil. Tanpa membuang masa si suami memberhentikan kereta di tepi gaung lebuhraya karak. Sempat berpesan kepada isterinya agar mengunci semua pintu dan tidak keluar walaupun apa terjadi. Sejam berlalu, namun si suami tidak muncul semula sehinggalah si isteri dikejutkan dengan satu dentuman di atas bumbung kereta. Kemudian, setiap kereta yang lalu akan memberi lampu tinggi sambil membunyikan hon namun tidak pula berhenti. Sehingga sebuah kereta patrol polis berhenti namun agak jauh dari kereta mereka. Polis memberi arahan menggunakan pembesar suara agar si isteri bersama bayinya keluar dan berjalan menuju ke arah mereka tanpa menoleh ke belakang.Dan ketika menoleh ke belakang alangkah terkejutnya si isteri apabila mendapati kepala suaminya berada di atas bumbung kereta itu.
2. Babak volkswagen kuning. Seingat saya pemandu yang akan memotong kereta tersebut berkali-kali dan bukannya kereta tersebut yang memotong.
3. Jembalang pemakan manusia itu sebenarnya masih wujud hingga sekarang. Namun hanya akan membunuh 10 tahun sekali. Sila temuramah peronda lebuhraya karak dan semak kes pembunuhan terpencil di situ. Anda akan terkejut apa yang mereka alami.

Saya harap pihak tuan tidak berkecil hati dengan komen ini. Untuk projek filem seram akan datang, tuan boleh mengambil kira untuk mengambil penceritaan kisah benar peristiwa seram di MRSM, kerana pada pendapat saya filem berdasarkan pengalaman sebenar lebih menarik untuk ditonton dan lebih realistik. Sekian

Ahad, 6 Mac 2011

Ciri-ciri Pemimpin Sejati

Entah mengapa tiba-tiba aku ingin menyentuh tentang topik kepimpinan kali ini. Adakah mungkin berkaitan isu semasa atau isu di tempat kerjaku. Biarlah apapun kaitannya, diharap ia akan menjadi pedoman sesiapa sahaja.

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

* Seorang pemimpin yang baik tidak semesrinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
* Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
* Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
* Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
* Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
* Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
* Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Ramai pemimpin yang dilahirkan melalui sistem, dan bukannya pilihan pengikut menyebabkan kebanyakkan ciri-ciri kepimpinan sejati itu hampir tiada. emmmm..fikir-fikirkan dan selamat beramal!!