Isnin, 22 September 2008

Wahai Saudara Islam Ku

Wahai Saudara Islam Ku

Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.








"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:
"A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
"A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
"Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"

Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.
Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Sabtu, 13 September 2008

Rabu, 10 September 2008

Fikir...

Wujud kekeliruan di kalangan rakyat sebenarnya tentang situasi meruncing ketika ini. Perlu diingat segalanya timbul disebabkan beberapa faktor yang secara langsung menyumbang kepada permasaalahan ini. Jika diselidiki satu persatu, kita akan dapat memahami punca masalah ini dan seterusnya mengatasinya.

1. Penghapusan tambatan nilai ringgit terhadap dolar Amerika.
2. Pembatalan projek-projek mega yang menguntungkan rakyat.
3. Kenaikan mendadak harga minyak.
4. Kronisme & nepotisme.
5. Kegagalan kerajaan memahami 'mood' pengundi PRU12.
6. HINDRAF
7. Pembebasan DSAI.
8. Kehilangan Pulau Batu Putih.
9. Isu Islam Hadhari.
10. Projek yang keterlaluan spt Masjid Kristal, Moonsun Cup dan Corridors.
11. Ubah hala dasar kepada sektor pertanian dari industri berat.
12. Akhlak, attitud dan kedangkalan akal pemimpin tertinggi.
13. Perpecahan Melayu - UMNO, PAS, PKR, Pro-Paklah, Pro-Tun M.
14. Supreme Bar Council.
15. Isu Pulau Pinang.
16. Peningkatan PATI dll

Jika di huraikan satu persatu sudah tentulah amat banyak dan ini bukanlah kerja kita untuk memikirkannya. Ini patut difikirkan dan dikaji oleh para pak menteri diatas kerusi empuk mereka, di dalam kereta mewah ataupun ketika bermain golf. Itupun jika mereka mempunyai daya untuk berfikir...wallahuallam

Ahad, 7 September 2008

Final Design - Proton MPV




I received this email and i think necessary to share with. For those who still looking for affordable and convinient car, this is the car you should be waiting for. Will be released within early of 2009. Better put aside the down payment from now on. Happy viewing...

Bil RM20

Ramai yang gembira dengan 'Belanjawan 2009 ? kerajaan prihatin' berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu.

Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN 'fobia' dengan angka RM20 itu.

Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu.

Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung ?warung .

Penulis sempat mencuri dengar perbahasan tanpa speker itu ketika singgah minum teh tarik disebuah warung, isi perbahasan mereka berbeza daripada apa yang dibahaskan oleh wakil rakyat di parlimen.

Namun mereka berbahas dengan telus dan baik tanpa ada yang mencelah atau mengganggu. Perbahasan begitu lancar sekali.

Jika speker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melihat perbahasan itu tentu beliau sendiri kagum kerana perbahasan tanpa pengerusi itu berjalan lebih lancar daripada perbahasan di parlimen yang dipengerusikannya.

Antara yang dibahaskan termasuklah isu pengecualian bil eletrik RM20 yang dikatanya sebagai hadiah kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah.

Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu?

"Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma," jelas si A memulakan bicara.

"Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu," kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik.

"Siapa? tanya si A.

"Mereka ialah pendatang asing," jawab B.

"Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin," si A inginkan penjelasan.

"Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan.

"Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu," hujah si B.

"Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak," kata A.

"Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la," kata si A.

"Hehehehe..." Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran.

Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya.

Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !.

Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah.

Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik .

Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu?

Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!.

Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B.

Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah...terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!.

Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing.

Sabtu, 6 September 2008

Rakyat biasa...

Kebelakangan ini sambungan internet di rumahku sering terganggu dan tidak stabil. Mungkin disebabkan peningkatan jumlah pengguna ataupun masalah cuaca (aku menggunakan Celcom Broadband 3G). Acapkali aku tertidur sewaktu menunggu satu-satu web itu siap di buka. Kelambatan yang amat ketara. Namun aku cuba sedaya upaya untuk memastikan blog ini terus beroperasi seadanya.

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak kepada para pengunjung blog ini. Semoga kita selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih tawaduk dan kesungguhan. Aminnn...

Pada awalnya tujuan blog ini diadakan adalah sebagai suka-suka dan tidak lebih dari itu. Ia hanya sekadar untuk aku meningkatkan kemahiran diri agar tidak rasa ketinggalan dalam era ICT ini. Tetapi kini aku mula menyedari kepentingan menceburkan diri dengan `dunia` baru ini.

Ketika dan waktu ini kita semakin resah gelisah dengan situasi dan keadaan semasa yang membingungkan. Sebagai rakyat biasa tiada apa yang aku boleh lakukan untuk merubah kekalutan ini (walaupun alasan ini amat dibenci oleh Tun Dr M). Ketenangan tasik bumi Malaysia mula berkocak dek kerana tangan-tangan nakal yang membalingkan batu lalu menyembunyikan tangan. Pelbagai isu timbul, samada kecil atau besar dan kemudiannya dicanangkan sehingga prioriti untuk memajukan agama, bangsa dan negara semakin samar. Hari demi hari pelbagai pihak menuduh dan membela setiap isu yang timbul hinggakan rakyat mula jemu dan jelak dengan situasi ini. Pihak pembangkang kelihatan sudah `besar kepala` dan yakin dengan mandat yang di berikan pada PRU12 baru-baru ini. Semua perkara menjadi modal untuk dibangkitkan dan dipolitikkan. Apa yang lebih menyayat hati ialah tindakan segelintir dari mereka yang membelakangkan kepentingan bangsa dan agama untuk bersekongkol dengan `mereka-mereka` itu.
"Tiada yang lebih menyayat hati apabila ada orang Melayu yang membelakangkan kepentingan bangsa sendiri demi mengejar pangkat dan jawatan". Allahyarham Dato` Onn.

Pemimpin-pemimpin kita juga mula melatah dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang menangguk di air yang keruh. Setiap isu yang ditimbulkan,pasti menjadi isu yang berlarutan beberapa minggu lamanya.
"Geseklah biola dengan lagu dan cara kita sendiri, janganlah biarkan orang lain menggesek biola dan kita hanya menari-nari mengikut lagu yang di mainkan oleh mereka". Allahyarham Dato` Onn.

Apakah punca yang membawa kepada semua ini? Apakah tiada terlintas di minda para cendiakawan tentang punca permasaalahan ini. Perlukah aku sebagai rakyat biasa menjelaskan apa yang menjadi punca dan adakah ianya akan membawa kesan.
Semakin aku memikirkan, semakin banyak persoalan yang timbul. Walau bagaimanapun aku akan cuba rungkaikan satu persatu berdasarkan pengamatan aku sebagai rakyat biasa. Rakyat biasa...