Sabtu, 28 Jun 2008

Proton MPV




Di tempat kerjaku sedang sibuk diperdebatkan tentang keluaran proton MPV baru yang dijangka akan dilancar pada penghujung tahun 2008 ini. Aku juga sempat meneliti beberapa keping gambar possible design MPV baru ini. Agak mengelirukan sebenarnya apabila banyak pula design yang boleh didapati sekarang. Namun apapun, proton saya jangkakan akan menepati kehendak pengguna dalam kemelut masakini. selagi proton menepati prinsip continious improvement yang menepati nilai dan citarasa, tiada masalah baginya memasarkan MPV ini sebagaimana kejayaan Persona baru-baru ini. SYABAS PROTON..

JPJ oh JPJ..

JPJ di mana-mana...itulah permandangan terkini di sekitar bandar Segamat. Di mana-mana celah lampu isyarat juga kelihatan JPJ menanti 'mangsanya'. Agak menghairankan juga kerana setelah sekian lama bermastautin di Segamat, tiadalah kelihatan JPJ 'berkampung' hingga sebegini lamanya. Dan hinggakan kanopi didirikan seolah-olah mereka akan berada lebih lama dari dijangkakan.
Kadang-kala terfikir juga mengapa fenomena luarbiasa ini terjadi. Adakah ini semua disebabkan tindakan kerajaan memberi rebet tunai dengan tangan kanan tetapi berusaha merampoknya semula menggunakan tangan kiri. Sedikit kesilapan mahupun kecuaian pasti menerima bahana yang memedihkan. Terlihat ku di persimpangan bilamana seorang penunggang motorsikal di tahan untuk diperiksa. Pegawai JPJ bertindak untuk menyaman penunggang itu atas alasan tidak menampal pelekat P pada motorsikalnya, walhal teranga-terangan penunggang motorsikal itu menunjukkan bukti bahawa motorsikalnya baru diambil dari stesen keretapi sebentar tadi. Pegawai itu memberi alasan bahawa selagi motorsikal itu ditunggang, ia tertakluk pada undang-undang kecuali motorsikal itu hanya di sorong. Wajar? Anda fikirkanlah...
Dari perspektif pegawai itu, beliau perlu untuk memenuhi tuntutan kompaun yang ditetapkan kepadanya. Mungkin 100 kompaun sehari?Sedangkan kesalahan itu boleh diselesaikan dengan budi bicara. Bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh penunggang itu bilamana beliau ingin mengambil lesen penuh. Pasti saman ini akan mengakibatkan lesennya terbatal kerana di bawah sistem kejara, tidak menampal P merupakan kesalahan yang serius. Dan akhirnya penunggang tersebut akan terus menunggang motorsikal tanpa lesen.
Di akhbar pula, tindakan polis menyaman seorang penunggang motorsikal yang memakai serban begitu menimbulkan tanda tanya. Polis itu berbangsa Melayu, dan sudah semestinya Muslim. Tetapi tergamak menyaman seorang pelajar sekolah pondok yang berserban dengan alasan tidak memakai topi keledar. Polis itu memberi alasan bahawa pelajar itu bukanlah seorang Haji mahupun lebai atau Sikh yang membolehkan beliau dikecualikan. Apakah agaknya yag bermain di fikiran anggota polis berkenaan? Moody kah dia? sedang berkrisis rumahtangga kah dia?

Apapun yang pasti, ada penjelasan di sebalik semua fenomena ini. Adakah anggota-anggota ini di tekan supaya mencapai sasaran kompaun yang di tetapkan? Adakah kerajaan mengarahkan semua jentera penguatkuasa memainkan peranan `merampok` semula `gula-gula` yang diberikan kepada rakyat? Siapakah disebalik semua ini? Kita semua tahu...

Khamis, 19 Jun 2008

Che Det VS Pak Lah

Semasa meneliti satu demi satu komen di post www.chedet.com, saya tertarik dengan komen yang diketengahkan oleh salah seorang pensyarah tentang perbezaan sikap dan attitud mantan perdana menteri dan perdana menteri kita sekarang. Mari sama-sama kita perhatikan...

1. Semasa Jadi TPM

Mahathir
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.

Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.

Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.

3. Pembangunan Islam

Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.

4. Menghadapi Aduan

Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, 'Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar' dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan.
Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,
Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'.
Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.

6. Pengurusan Waktu

Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.

Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.
Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.

7. Memenuhi Jemputan Majlis

Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.

Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.



8. Membuat Keputusan

Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin

Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!

9. Menghadapi Wawancara Media

Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.

Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab Saya tidak tahu, saya tak terlibat. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.

10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.


Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.

Penutup

Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.

Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.

Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.

Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan.

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal
Lecturer cum Academic Consultant
FTMS College, 24-30, Jalan Hang Kasturi, 50000 Kuala Lumpur

Rabu, 18 Jun 2008

SAPP dan Sanglang


Sidang akhbar yang ditujukan khas ke batu jemala PM kita tadi betul-betul tepat pada masanya. SAPP menyatakan pendirian undi tidak percaya (yang sememangnya mewakili jutaan lagi rakyat Malaya) terhadap kepimpinan mengarut Pak Lah. Namun Pak Lah masih lagi tidak dapat memahami (atau memang buat-buat tak faham) mesej yang ingin disampaikan oleh Parti Komponen tersebut. Beliau berkata, ini adalah disebabkan oleh kepentingan peribadi pemimpin SAPP yang tidak dipenuhi oleh BN -TV3. Kenyataan ini menggambarkan seolah-olah SAPP adalah Parti 'Nakal', yang bilamana ketika membantu BN menang, ditimang-timang, dan bilamana bertindak memperbaiki parti, dihenjak-henjak. Entah bila keegoan Pak Lah ini akan berakhir. Pelbagai mesej SMS, MMS, SSM, SSS sudah di hantarkan, namun ibarat 'henfon'nya telah mem'block' kesemuanya kecuali mesej yang melambung dan menimangnya.
Dan pada masa yang sama, jentera BN di Perlis sudah bersiap sedia sepenuh jiwa dan raga untuk mempertahankan kerusi DUN Sanglang yang dikosongkan. BN yakin kali ini majoriti undi akan bertambah dan seterusnya menunjukkan Parti BN masih mendapat sokongan yang padu. Come on la, entah apa yang bermain di fikiran pak-pak menteri semua. Setelah apa yang berlaku sejak 3 bulan ini(tanpa mengambil kira sejak 2003), apakah masih ada sisa-sisa pengundi yang sanggup menutup mata memangkah dacing. Malahan jika diletakkan parti Cap Solex Motor sekalipun pasti akan meraih majoriti yang sangat besar.
Jika realiti ini masih tidak difahami oleh BN, nescaya kegagalan demi kegagalan akan menyusul seterusnya melenyapkan Dacing dan digantikan dengan Bathroom Scale etc. Sedarlah dari lamunan, masih belum terlambat, tiada cara lain lagi untuk memastikan BN terus bernafas dalam lumpur, iaitu dengan MENYINGKIRKAN PAK LAH selamanya...

Ahad, 15 Jun 2008

Jauh di sudut hati - UMNO masih disayangi

Sejak pengumuman penstrukturan harga minyak oleh PM 'kesayangan' Malaya di buat, saya merupakan salah seorang rakyat kerdil yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini. Samada perasan atau tidak, tiada kemunculan PM ‘tercinta’ ini dalam Buletin Utama malam semasa 2-3 hari isu ini diperdebatkan. Yang ada cuma komen-komen ( yang sudah ditapis) mengenai sokongan terhadap tindakan PM ini. Situasi sama berlaku ketika kekalahan BN paling teruk dalam sejarah Malaya bilamana Pak Bodolah tidak ‘sudi’ memberikan komennya yang disiarkan secara langsung setelah pengumuman keputusan pilihanraya dibuat. Dialog. “Jangan tekan saya, jangan tekan saya..”(sambil diperhatikan oleh Dato Najib). Dan semalam berulang kembali sikap ‘coward’ PM yang pantang dicabar ini.
Saya memerhatikan kesan bencana buatan PM ini dari sudut rakyat middle class yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Rata-rata mereka menghamburkan kata-kata pedih dan luahan hati yang entah didengar atau tidak oleh PM Ko`tidoq ini. Saya menantikan respon beliau dari semasa ke semasa namun tidak kedengaran langsung. Mungkin masih berdengkur di sisi Datin Jin tercinta. Yang kedengaran cuma suara-suara pengampu beliau yang masih cuba menegakkan benang yang basah. Shahrir Samad umpamanya, tersenyum sinis ketika menjawab pertanyaan soalan-soalan dalam rancangan Isu Semasa di TV1. Dan jawapan beliau langsung tidak menepati kehendak soalan. Umpamanya ketika diajukan soalan berkenaan kekurangan stesen NGV dan mengapa polisi kerajaan tidak memberi kebenaran stesen minyak selain Petronas menjual NGV.
Ketika post ini diloadkan, masih berbahang lagi betapa hangatnya isu ini. Dan semestinya ini akan menjadi penentu survival BN pada PRU 13 nanti jika tiada sebarang langkah penjinakan dilakukan.

Rabu, 4 Jun 2008

Gempar : Kenaikan Petrol dan Diesel

Memang gempar!! Setelah apa yang Pak Lah dan sekutunya buktikan semasa PRU12, kini sekali lagi masalah negara diletakkan pada bahu rakyat jelata. Tanpa berfikir atau berpikiaq Pak Lah dengan selambanya mengumumkan kenaikan harga minyak tertinggi dalam sejarah penubuhan Malaya. Adalah wajar jika kita menggelar Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan tetapi bagi Pak Lah sebagai Bapa Kenaikan Harga Minyak. Memetik dari percakapannya yang selamba, beliau berkata "rakyat tidak perlulah berdemonstrasi-demonstrasi nih, kerana KITA telah memilih cara yang terbaik untuk menghadapi masalah ini". So...?
Make it short..Pak Lah leads us to no where and to disaster...

I pick a quote from the other blogger,

Saudara,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya ya ng di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang kita kenali. Maklumat ini elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat Malay sia yang bersusah payah daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba Kerajaan.

Sekian. Salam

Here is the other ones,

29 Julai Himpunan PROTES
PROTES akan mengadakan himpunan besarnya pada 29 Julai akan datang. Kali ini ia diadakan pada hari Sabtu jam 3 petang, bertempat di KLCC.

KLCC dipilih kerana ia telah menyaksikan beberapa siri himpunan aman yang berjaya menarik perhatian umum. Venue itu juga telah menyaksikan keganasan polis sehingga menyebabkan kecederaan dan tangkapan.

Himpunan kali ini akan terus memperkatakan mengenai kenaikan harga barangan, bukan sekadar harga minyak. Ia juga akan memperkatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

PROTES sedangan mengumpulkan sebanyak mungkin NGO untuk sama menaja himpunan ini.

Makluman lanjut akan di keluarkan dari semasa ke semasa. Bersedialah kita untuk turun beramai-ramai.

Quote from Malaysia Today,

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, penguasa di bawah BN telah menaikkan harga petrol dan diesel paling tinggi dalam sejarah.

Ianya akan membebankan majoriti rakyat marhaen di mana kesan kenaikannya akan menjurus kepada kenaikan harga barang keperluan harian. Di saat kenaikkan harga minyak global yang tentunya akan menyumbang kepada keuntungan berlipat kali ganda kepada negara kita yang juga merupakan pengeksport minyak, BN memilih untuk menyusahkan lagi rakyat dan penguasa akan terus berkumandang dengan seruan agar rakyat mengikat perut. Sebaliknya penguasa akan terus memunggah kekayaan negara untuk suku sakat mereka.

Saya menyeru agar pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera bertemu untuk menjana satu lagi demontrasi terbesar sejak demonstrasi Bersih yang bertujuan untuk menunjukkan kepada BN bahawa rakyat adalah kuasa sebenar dalam negara ini. Kuasa BN tidak wajar dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyusahkan hidup rakyat. Gerombolan manusia wajib menutup jalan-jalan menuju ke loji minyak dalam negara sebagai satu signal kemarahan rakyat marhaen!

Saya juga berharap agar saudara Anwar Ibrahim supaya segera memastikan rencana Pakatan Rakyat menguasai Parlimen tercapai secepat mungkin sebelum kehidupan rakyat marhaen bertambah runcing. Saudara Anwar telah mengulangi janjinya di Sarawak baru-baru ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.