JPJ di mana-mana...itulah permandangan terkini di sekitar bandar Segamat. Di mana-mana celah lampu isyarat juga kelihatan JPJ menanti 'mangsanya'. Agak menghairankan juga kerana setelah sekian lama bermastautin di Segamat, tiadalah kelihatan JPJ 'berkampung' hingga sebegini lamanya. Dan hinggakan kanopi didirikan seolah-olah mereka akan berada lebih lama dari dijangkakan.
Kadang-kala terfikir juga mengapa fenomena luarbiasa ini terjadi. Adakah ini semua disebabkan tindakan kerajaan memberi rebet tunai dengan tangan kanan tetapi berusaha merampoknya semula menggunakan tangan kiri. Sedikit kesilapan mahupun kecuaian pasti menerima bahana yang memedihkan. Terlihat ku di persimpangan bilamana seorang penunggang motorsikal di tahan untuk diperiksa. Pegawai JPJ bertindak untuk menyaman penunggang itu atas alasan tidak menampal pelekat P pada motorsikalnya, walhal teranga-terangan penunggang motorsikal itu menunjukkan bukti bahawa motorsikalnya baru diambil dari stesen keretapi sebentar tadi. Pegawai itu memberi alasan bahawa selagi motorsikal itu ditunggang, ia tertakluk pada undang-undang kecuali motorsikal itu hanya di sorong. Wajar? Anda fikirkanlah...
Dari perspektif pegawai itu, beliau perlu untuk memenuhi tuntutan kompaun yang ditetapkan kepadanya. Mungkin 100 kompaun sehari?Sedangkan kesalahan itu boleh diselesaikan dengan budi bicara. Bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh penunggang itu bilamana beliau ingin mengambil lesen penuh. Pasti saman ini akan mengakibatkan lesennya terbatal kerana di bawah sistem kejara, tidak menampal P merupakan kesalahan yang serius. Dan akhirnya penunggang tersebut akan terus menunggang motorsikal tanpa lesen.
Di akhbar pula, tindakan polis menyaman seorang penunggang motorsikal yang memakai serban begitu menimbulkan tanda tanya. Polis itu berbangsa Melayu, dan sudah semestinya Muslim. Tetapi tergamak menyaman seorang pelajar sekolah pondok yang berserban dengan alasan tidak memakai topi keledar. Polis itu memberi alasan bahawa pelajar itu bukanlah seorang Haji mahupun lebai atau Sikh yang membolehkan beliau dikecualikan. Apakah agaknya yag bermain di fikiran anggota polis berkenaan? Moody kah dia? sedang berkrisis rumahtangga kah dia?
Apapun yang pasti, ada penjelasan di sebalik semua fenomena ini. Adakah anggota-anggota ini di tekan supaya mencapai sasaran kompaun yang di tetapkan? Adakah kerajaan mengarahkan semua jentera penguatkuasa memainkan peranan `merampok` semula `gula-gula` yang diberikan kepada rakyat? Siapakah disebalik semua ini? Kita semua tahu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan