Ahad, 23 November 2008

Katak oh katak


Cuti sekolah sedang berlangsung. Kira-kira seminggu bercuti, hati sudah mula rasa bosan dan bercelaru. Mana tidaknya, kebiasaannya sibuk tiba-tiba terus tiada apa nak dibuat. Ibarat gelas air panas yang terus diletakkan ke dalam peti sejuk. Namun aku cuba menyibukkan diri dengan perkara-perkara picisan dan kadangkala muncul di sekolah. Hinggakan ada yang menegurku "tak reti-reti balik kampung ke cikgu?". Agak-agaknya apalah yang hendak dibuat di kampung selama 7 minggu bercuti sedangkan di rumah sendiri pun tercari-cari perkara yang hendak dibuat.

Namun kini lain pula yang terjadi. Kepulangan aku ke kampung terpaksa ditunda kerana sibuk menguruskan perkara 'picisan' tadi. Rupa-rupanya banyak perkara yang boleh dibuat jika kita memberikan ruang kepada itu semua. Salah satunya ialah usaha menambahkan pendapatan sendiri. Tetapi tidak perlulah rasanya diulas disini. Cukuplah sekadar kita mengetahui perkara tersebut terlalu banyak dan mengetuk-ngetuk pintu rezeki kita.

Apa yang ingin dikongsikan disini bukanlah tentang cara menambahkan pendapatan. tetapi tentang sikap kita yang boleh disamakan dengan perangai katak oh katak.

Situasi 1
Seekor katak diletakkan didalam suatu bekas yang terbuka penutupnya. Maka sudah tentu dengan mudahnya si katak melompat keluar. Apabila dimasukkan kembali, sekali lagi si katak melompat keluar dengan yakinnya.
Kali ini si katak dimasukkan semula kedalam bekas dan kemudiannya bekas itu ditutup. Kelihatan si katak melompat-lompat di dalam bekas untuk keluar, dan setiap kali melompat, kepalanya akan terhantuk pada penutup bekas.
Setelah agak lama melompat dan tidak berjaya keluar, si katak pun berhenti melompat. Diamlah si katak tanpa berbuat apa-apa.
Kemudiannya penutup bekas itu kembali di buka. Adakah si katak akan terus melompat keluar? Jawapannya adalah tidak sama sekali. Si katak terus berdiam diri sehingga dia dikeluarkan dari bekas tersebut.

Situasi 2
Seekor katak dicampakkan ke dalam bikar berisi air yang agak panas untuk melihat reaksinya. Dengan tergopoh gapah si katak melompat keluar dari bikar. Apabila dicampakkan lagi, kali ini lebih cepat ia keluar.
Kali ini si katak dimasukkan kedalam bikar berisi ais dibawahnya dan kasa dawai ditengahnya untuk si katak 'berehat. Bikar dibiarkan terbuka. Apakah reaksi si katak? Si katak begitu senang hati dan tidak melompat kemana-mana. Si katak begitu selesa dan enggan keluar dari bikar.
Kemudiannya sebuah penunu bunsen diletakkan di bawah bikar dan dinyalakan dengan nyalaan kecil. Apakah yang terjadi? semakin lama ais didalam bikar semakin mencair dan lama kelamaan ais itu bertukar menjadi air sepenuhnya. Air itu terus dipanaskan sehinggalah hampir mendidih. Apakah yang terjadi pada katak?Perkara menakjubkan terjadi iaitu si katak terus berada didalam bekas tanpa bergerak kemana-mana sedangkan mulut bikar itu terbuka dengan luas. Sehinggalah pada suatu ketika bilamana air tersebut mendidih, barulah si katak ingin keluar, tetapi segalanya sudah terlambat...

Apakah pengajaran yang boleh didapati dari cerita ringkas diatas? Dalam situasi 1 kita boleh samakan sikap si katak dengan segelintir dari kita (termasuk diri ini). Kita mempunyai keupayaan untuk keluar dari belenggu hidup. Namun apabila mencuba dan kerapkali gagal, kita mula berputus asa dan redha sahaja apa yang akan terjadi kepada diri. Dan apabila pintu peluang sudah terbuka luas, kita sudah tidak mahu mencuba dan biarkan semuanya berlalu.

Situasi 2 pula menggambarkan sikap kita yang mudah selesa dengan apa yang ada sekarang. Jika dulu gaji kita RM 2ribu dan kita rasakan sudah cukup untuk menampung kehidupan dan kini dengan gaji yang sedemikian juga kita berusaha mencukupkannya. Sedangkan hakikatnya kita semakin terhimpit dengan kenaikan harga barangan, tanggungan dan lain-lain lagi. Kita masih berasa selesa sehinggalah tiba keadaan yang amat mendesak dan sudah terlambat untuk berubah.

Aku sering bersembang dengan abang-abang yang sudah lama berkhidmat dalam sektor awam dan menghampiri usia pencen wajib. Soalan yang biasa aku ajukan ialah apakah yang ingin dilakukan selepas berpencen? Kebanyakkan jawapan yang aku dapati ialah kerisauan mereka tentang gaji yang akan tinggal separuh dengan tanggungan yang masih banyak. Maka timbullah idea mereka untuk menjadi Security Guard, menjadi pemandu teksi dan tidak kurang yang ingin pulang ke kampung menoreh getah. Persoalannya, apakah yang bermain difikiran mereka selama lebih 30 tahun bekerja dulu? Tiada sebarang perancangankah ataupun tiada sebarang peluangkah yang melintas dihadapan mereka? Itulah yang seboleh-bolehnya aku ingin elakkan. Dan aku doakan yang terbaik untuk mereka semua. Aminnn...

"How to Boil a Frog" parable as metaphor for the introduction and deployment of new software applications, and services. In case you're not familiar with the parable, Wikipedia explains it this way: "The boiling frog theory states that a frog can be boiled alive if the water is heated slowly enough. It sounds easier said than done, but it suggests that if a frog is placed in boiling water, it will jump out. However, if it is placed in cold water, and then heated slowly, it won't."

Isnin, 17 November 2008

Hari Kecemerlangan 2008


Ketika pulang dari Kem PLKN Desaru, cikgu sempat menjenguk ke dalam dewan untuk melihat keadaannya selepas majlis penyampaian anugerah kecemerlangan 2008. Cikgu tidak dapat hadir menyaksikannya kerana majlis diadakan serentak pada hari kepulangan rombongan dari Kem PLKN Desaru. Walaubagaimanapun cikgu dapat bayangkan yang majlis itu telah berlangsung dengan meriah dan sempurna. Syabas kepada penerima anugerah.

UPSR 2008



Meletup!! itu yang dapat cikgu gambarkan terhadap pencapaian UPSR sekolah cikgu pada sesi 2008 ini. Seramai 15 orang mendapat 5A manakala 6 orang 4A1B. Perbezaan ini amat ketara jika dibandingkan pada tahun sebelumnya iaitu hanya 6 orang sahaja yang mendapat 5A. Tahniah!! Semoga kecemerlangan anda diteruskan pada masa mendatang.

Bagi yang kurang berjaya pula diharapkan tidak patah semangat. Ambillah ia sebagai suatu iktibar dan jangan mengulangi kesilapan serupa pada masa mendatang. Tiada apa yang boleh diperkatakan ketika ini. Jika boleh sememangnya cikgu inginkan semuanya berjaya. Namun usaha yang gigih sahaja tidak memadai jika tanpa keizinan dariNya. Insyaallah, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kalian di masa depan.

Kem Pintar 2008


Agak terlewat sangat meng`upload`kan gambar ini. Bukan apa, memang kesibukan berpanjangan sehingga ke hari ini ditambah pula dengan ketiadaan `charger` notebook yang `maut` di panah petir. Itulah pengajaran yang didapati kerana degil mengecas notebook ketika hujan ribut.

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Cikgu seperti biasa terpilih mengetuai rombongan peserta dari Segamat ke Kem PLKN Desaru.Seramai 36 peserta dari 2 buah sekolah di Segamat dipilih menyertai program tahunan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) ini. Cikgu sengaja memilih peserta dari sekolah cikgu yang boleh dikategorikan sebagai pintar, dengan harapan tidak menjatuhkan air muka team Segamat sepanjang berada disana. Ternyata strategi ini berhasil dan mendapat perkenan dari semua pihak.

Sepanjang berada disana terpancar riak kebosanan di wajah para peserta. Ini berbeza sewaktu dalam perjalanan dimana semua nya ceria dan bersemangat. Apa yang cikgu perhatikan ialah perjalanan program yang skeptikal dan play safe. Mungkin penganjur mengandaikan adalah sukar untuk mengawal para peserta seramai 200 orang jika mengadakan aktiviti luar. Aktiviti lasak hanyalah merentas desa selama 15 minit mengelilingi pagar kem. Mengenangkan simpati kepada para peserta yang mungkin kempunan bermain pasir, maka cikgu mengutarakan cadangan supaya satu slot LDK diadakan secara praktikal dengan membina istana pasir. Alhamdulillah cadangan cikgu itu mendapat sokongan cikgu-cikgu pengiring yang lain. Sekurang-kurangnya dapatlah cikgu melihat riak kegembiraan terpancar semula di wajah anak murid cikgu.



Rabu, 5 November 2008

SKKJ Year 6`s Farewell Party

Eventually this year 6 batch is my first product since in SKKJ. Eventhough my contribution to them only limited during their night and afternoon extra classes, deep in my heart I hope they will recognize me when they meet me in future. I also take this opportunity to apologize each of them if there was any mistake from me either I realized or not.

WE, SKKJ TEACHERS AND STUDENT WISHING ALL OF YOU BEST OF LUCK FOR YOUR FUTURE. We all love you a lot.







Selasa, 4 November 2008

Just 2 weeks!


School holiday just around the corner. However there were still a bunch of works that needs to be sorted out. Within next week i`ve to complete at least 80% of it due to my involvement in National Drugs Agency Camping 2008 from 10-12 November 2008 at Desaru.

Before i forgotten, let me list down what needs to be done before holiday:
1. BPS (Bantuan Pakaian Seragam) for 150 pupils
2. Photo selling
3. Reports for Co-curiculars
4. School team selection for volleyball, acuatic, badminton, bowling etc
5. Documentation for JPNJ observations
6. 2009 planning and organization
7. New registration for year 3 in Co-curicular.

erm..i think thats it, but still plenty. Isn`t it? So, stop dreaming and start working..

Sabtu, 1 November 2008

5 weeks non stop!

Malam tadi cikgu singgah sebentar di pusat ko-kurikulum SMK Dato Bentara Dalam, Segamat. Walaupun tidak lama, tetapi sempat jugalah mengadili persembahan mereka sempena Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform Peringkat Daerah Segamat. Erm, kira-kira 200 murid sekolah rendah sekitar Segamat terlibat. Hajat dihati ingin bermalam sekali bersama peserta, tetapi apakan daya cikgu mempunyai tetamu di rumah. Terpaksalah cikgu membatalkan hasrat murni cikgu itu.

Melihat kepada persembahan mereka, cikgu berasa bangga kerana dengan waktu latihan yang terhad, para peserta masih mampu mempersembahkan sketsa dan nyanyian yang baik. Selarilah dengan tahap mereka yang rata-ratanya hanya dari darjah 5 sahaja.

Tetapi apa yang ingin cikgu kongsikan disini ialah mengenai kegigihan petugas kem ini terutamanya Kem Komandannya. Menurut beliau sudah hampir 5 minggu hari minggu beliau digunakan untuk menjadi Kem Komandan di kem ini. Ini bermakna beliau tidak berehat walaupun sehari dalam sebulan dari tugasan beliau. Ketika hari biasa beliau bertugas seperti biasa sebagai guru di Sekolah Paya Besar. Dan ketika hari minggu beliau terlibat pula dengan aktiviti ko-kurikuluman. Segalanya dilakukan tanpa ada imbuhan tambahan ataupun elaun khas.

Ini menyebabkan cikgu mencermin diri sendiri dimana cikgu sebelum ini sudah ingin memprotes mengenai aktiviti cikgu yang padat sepanjang bulan ini. Rupa-rupanya ada insan lain yang lebih gigih berusaha untuk anak bangsanya. Mungkin Tuhan ingin tunjukkan kepada cikgu bahawa apa yang cikgu curahkan selama ini amat sedikit berbanding insan lain. Sungguh memberikan kesedaran...