Isnin, 17 November 2008

Kem Pintar 2008


Agak terlewat sangat meng`upload`kan gambar ini. Bukan apa, memang kesibukan berpanjangan sehingga ke hari ini ditambah pula dengan ketiadaan `charger` notebook yang `maut` di panah petir. Itulah pengajaran yang didapati kerana degil mengecas notebook ketika hujan ribut.

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Cikgu seperti biasa terpilih mengetuai rombongan peserta dari Segamat ke Kem PLKN Desaru.Seramai 36 peserta dari 2 buah sekolah di Segamat dipilih menyertai program tahunan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) ini. Cikgu sengaja memilih peserta dari sekolah cikgu yang boleh dikategorikan sebagai pintar, dengan harapan tidak menjatuhkan air muka team Segamat sepanjang berada disana. Ternyata strategi ini berhasil dan mendapat perkenan dari semua pihak.

Sepanjang berada disana terpancar riak kebosanan di wajah para peserta. Ini berbeza sewaktu dalam perjalanan dimana semua nya ceria dan bersemangat. Apa yang cikgu perhatikan ialah perjalanan program yang skeptikal dan play safe. Mungkin penganjur mengandaikan adalah sukar untuk mengawal para peserta seramai 200 orang jika mengadakan aktiviti luar. Aktiviti lasak hanyalah merentas desa selama 15 minit mengelilingi pagar kem. Mengenangkan simpati kepada para peserta yang mungkin kempunan bermain pasir, maka cikgu mengutarakan cadangan supaya satu slot LDK diadakan secara praktikal dengan membina istana pasir. Alhamdulillah cadangan cikgu itu mendapat sokongan cikgu-cikgu pengiring yang lain. Sekurang-kurangnya dapatlah cikgu melihat riak kegembiraan terpancar semula di wajah anak murid cikgu.



Tiada ulasan: