Sabtu, 8 Mei 2010

Otak 'Syaitan'

Manusia dikurniakan dengan komposisi otak yang serupa. Malah kebanyakkan manusia pula hanya menggunakan 5% sahaja dari keupayaan otak sepanjang hayat mereka. Otak kiri lebih bersifat mengingat dan logik, manakala otak kanan bersifat nombor dan algeb. Tetapi persoalannya, otak dibahagian manakah yang mempengaruhi andaian, ramalan dan telahan yang menjadi duri dalam daging yang merosakkan hubungan sesama manusia. Cara segelintir manusia yang membuat andaian dan telahan membabi buta dan kemudiannya melenting menyebabkan persoalan ini semakin menjadi tanda tanya.

Mungkin cara aku berfikir menyebabkan aku yang merasakan orang lain agak pelik. Namun bila persoalan ini dilontarkan, ramai lagi orang di sekeliling merasakan perkara yang sama. Kewujudan individu yang hidup diatas andaian dan telahan semata-mata amat menjelikkan. Bukankah hidup ini lebih indah tanpa prasangka dan andaian 'jahat'. Apa yang aku perhatikan, kekuatan rohani memainkan peranan dalam menangani persoalan ini. Dan kesimpulannya, tiada bahagian otak yang mendominasi perkara tersebut, tetapi lebih kepada benteng diri sendiri dari mendengar hasutan SYAITAN!!

Selasa, 4 Mei 2010

Lebih 'awal' dari biasa

Hari ini aku bangun agak awal, namun ketiduran semula disebelah 'hero' lelaki aku. Melihatkan isteri ku sudah bangun menyeterika pakaian, aku sambung semula tidurku dengan harapan tidak lama, sekadar 10 hingga 15 minit. Tetapi apa yang berlaku, isteriku juga ketiduran hingga terjaga 15 minit lagi sebelum pukul 7. Apa lagi, terkocoh-kocohlah kami berdua menyiapkan diri dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik ialah, malam sebelum itu aku telah mempercepatkan jam dinding utama rumahku lebih 15 minit. Entah mengapa tergerak hatiku untuk berbuat demikian tanpa pengetahuan isteriku. Mungkin disebabkan sentiasa tergesa-gesa ke sekolah setiap hari kerana memandangkan aku yang perlu keluar kemudian sekali untuk menutup pagar dan semua suis di rumah. Jadi,ini bermakna, walaupun kami keluar pada jam menunjukkan 7.10 pagi, tapi pada hakikatnya jam baru pukul 6.55 pagi. Masih awal dari biasa bukan?..Tahniah untuk diriku sendiri di atas pembohongan tersebut. Dan tahniah sekali lagi kerana berjaya meng'update' blog ini untuk 2 hari berturut-turut. :)

4 May 2010

Salam...entry terakhir aku pada 4 Jan 2010. Ini bermakna telah 4 bulan aku tidak meng'update' blog ini. Kadang-kadang aku hampir lupa bahwa aku punyai sebuah blog. Mungkin ini penangan dari Mukabuku (facebook) yang lebih popular dan interaktif.
Hermmm...dalam melata hidup aku sepanjang 4 bulan ini, banyak juga kisah suka duka, kejayaan, kesilapan dan pahit manis yang aku tempuhi. Kalau mahu dikongsikan mungkin tidak terluah dengan kebatasan masa. Namun sedikit sebanyak akan aku paparkan juga apa yang aku lalui bagi lipatan peribadi dan tatapan sesiapa yang tersesat ke dalam blog ini.

Kerjaya
Masih lagi memegang pelbagai jawatan sebagaimana tahun sebelumnya dan tahun ini ditambah pula dengan jawatan baru seperti AJK PIBG, setiausaha PEKA dan kelab kebiru. Kesibukan aku bertambah namun paling ketara aku mula kurang mengendalikan latihan sukan dan permainan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Ini rentetan dari kehadiran guru-guru baru yang memikul sama tanggungjawab sebagai jurulatih dan juruletih pasukan sekolah. Aku doakan semangat yang ditunjukkan akan berpanjangan walaupun kini wujud sentimen panas tentang attitud guru baru yang mula tunjuk lagak.

Keluarga
Keluarga kecilku semakin ceria dengan keletah sepasang buah hati pengarang jantung kami. Makin nakal dan bijak dan senantiasa kecoh. Manakala keluarga besarku sedang menanti 'check in'nya seorang menantu merangkap adik ipar baru aku. Majlis dijangka berlangsung 3 Julai nanti.

Ekonomi
Ekonomi keluargaku berkembang dengan unjuran meningkat pada kadar yang sederhana. Ada beberapa insiden rezeki tak disangka-sangka. Contohnya cek dari Swisscash yang aku sangkakan lebur dan dari perniagaan perkongsian keluarga. Namun aku perlu menggandakan usaha untuk memastikan simpananku meningkat dari semasa ke semasa. Harapanku agar apa yang aku usahakan kini berterusan dan maju.

Sahsiah dan rohani
Pengisian jiwaku masih amat kurang. Hanya menjalankan ibadat wajib tanpa adanya selingan ibadat sunat. Aku tercari-cari motivasi dan bimbingan agar datangnya semangat untuk meningkatkan kecenderungan beribadah.

Itu sahaja coretan untuk 4 bulan kebelakangan ini. Kesinambungan penceritaan ini akan disambung dalam entry akan datang. Mungkin selepas 4 bulan nanti. :)