Selasa, 4 Mei 2010

4 May 2010

Salam...entry terakhir aku pada 4 Jan 2010. Ini bermakna telah 4 bulan aku tidak meng'update' blog ini. Kadang-kadang aku hampir lupa bahwa aku punyai sebuah blog. Mungkin ini penangan dari Mukabuku (facebook) yang lebih popular dan interaktif.
Hermmm...dalam melata hidup aku sepanjang 4 bulan ini, banyak juga kisah suka duka, kejayaan, kesilapan dan pahit manis yang aku tempuhi. Kalau mahu dikongsikan mungkin tidak terluah dengan kebatasan masa. Namun sedikit sebanyak akan aku paparkan juga apa yang aku lalui bagi lipatan peribadi dan tatapan sesiapa yang tersesat ke dalam blog ini.

Kerjaya
Masih lagi memegang pelbagai jawatan sebagaimana tahun sebelumnya dan tahun ini ditambah pula dengan jawatan baru seperti AJK PIBG, setiausaha PEKA dan kelab kebiru. Kesibukan aku bertambah namun paling ketara aku mula kurang mengendalikan latihan sukan dan permainan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Ini rentetan dari kehadiran guru-guru baru yang memikul sama tanggungjawab sebagai jurulatih dan juruletih pasukan sekolah. Aku doakan semangat yang ditunjukkan akan berpanjangan walaupun kini wujud sentimen panas tentang attitud guru baru yang mula tunjuk lagak.

Keluarga
Keluarga kecilku semakin ceria dengan keletah sepasang buah hati pengarang jantung kami. Makin nakal dan bijak dan senantiasa kecoh. Manakala keluarga besarku sedang menanti 'check in'nya seorang menantu merangkap adik ipar baru aku. Majlis dijangka berlangsung 3 Julai nanti.

Ekonomi
Ekonomi keluargaku berkembang dengan unjuran meningkat pada kadar yang sederhana. Ada beberapa insiden rezeki tak disangka-sangka. Contohnya cek dari Swisscash yang aku sangkakan lebur dan dari perniagaan perkongsian keluarga. Namun aku perlu menggandakan usaha untuk memastikan simpananku meningkat dari semasa ke semasa. Harapanku agar apa yang aku usahakan kini berterusan dan maju.

Sahsiah dan rohani
Pengisian jiwaku masih amat kurang. Hanya menjalankan ibadat wajib tanpa adanya selingan ibadat sunat. Aku tercari-cari motivasi dan bimbingan agar datangnya semangat untuk meningkatkan kecenderungan beribadah.

Itu sahaja coretan untuk 4 bulan kebelakangan ini. Kesinambungan penceritaan ini akan disambung dalam entry akan datang. Mungkin selepas 4 bulan nanti. :)

Tiada ulasan: