Selasa, 4 Mei 2010

Lebih 'awal' dari biasa

Hari ini aku bangun agak awal, namun ketiduran semula disebelah 'hero' lelaki aku. Melihatkan isteri ku sudah bangun menyeterika pakaian, aku sambung semula tidurku dengan harapan tidak lama, sekadar 10 hingga 15 minit. Tetapi apa yang berlaku, isteriku juga ketiduran hingga terjaga 15 minit lagi sebelum pukul 7. Apa lagi, terkocoh-kocohlah kami berdua menyiapkan diri dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, apa yang menarik ialah, malam sebelum itu aku telah mempercepatkan jam dinding utama rumahku lebih 15 minit. Entah mengapa tergerak hatiku untuk berbuat demikian tanpa pengetahuan isteriku. Mungkin disebabkan sentiasa tergesa-gesa ke sekolah setiap hari kerana memandangkan aku yang perlu keluar kemudian sekali untuk menutup pagar dan semua suis di rumah. Jadi,ini bermakna, walaupun kami keluar pada jam menunjukkan 7.10 pagi, tapi pada hakikatnya jam baru pukul 6.55 pagi. Masih awal dari biasa bukan?..Tahniah untuk diriku sendiri di atas pembohongan tersebut. Dan tahniah sekali lagi kerana berjaya meng'update' blog ini untuk 2 hari berturut-turut. :)

Tiada ulasan: