Khamis, 20 Disember 2007

Hari ini dalam sejarah

Bertemu kembali..emm,banyak yang aku nak storykan kat blog merapu aku ni. Tapi tak tau nak mulakan dengan yang mane satu..agakanye ada dalam 3 hari aku tak update dalam blog ni. Azam aku at least blog ni tak mati macam tu aje sebab aku dah ade fan yang mengikut perkembangan blog hudus aku ni..hehe (sori Norul)..
Baiklah,sebelum terlupe, aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Tahun ini agak bersejarah sebab aku dah mula berkorban, walaupun tak seekor lembu, tapi cukupla dengan sebahagian dulu..mudahan-mudahan Tuhan menerime korban dari keluarga kecik aku ni,aminnn..
Berbanding tahun lepas hidup aku agak huru hara sket. Memag banyakk masalah,salahsatunya tak dapat pindah, bini aku megandung sorang-sorang, masalah adik beradik, kewangan.n etc etc lah..tapi nampaknye, menjelang tahu baru 2008 ni, aku sekeluarga dah berjaya meloloskan diri dari belenggu masalah ni semua. Terima kasih aku ucapkan terutamanya pada isteri tersayang yang penyabar, memahami dan berdikari sepanjang ketiadaan aku. Tak lupa juge kepada sahabat handai, saudara mara yang membantu kami skeluarga sehingga sekarang. Isk isk, macam sayu pulak..
Sebut pasal sayu ni, memang semalam juga hari bersejarah dalam hidup aku. Entah kenape, bangun saje pagi semalam, tulang belakang aku cramp..bersusah payah aku mandi n solat. Aku ingatkan cume simptom biase keletihan sebab memandu tanpa henti. Maklumla, dari Sabak ke Kota Kuala Muda, kemudian ke Jitra..shopping pulak di Wag Kelian, Gua Kelam n Padang Besar. Dan esoknye terus balik ke Sabak semula. Malam tu memang terase lenguh kaki n pinggang. Tak tau pula sesuatu yang besar akan terjadi. Selepas solat, aku mengadu kat isteri aku,cakap pinggang aku tak boleh nak digerakkan. Isteri aku pun menyapu minyak afiat sampai nak melepuh belakang aku. Tapi menjelang solat Aidiladha, pinggang terus cramp. Kecoh satu rumah, macam tangan urut pinggang aku, tapi langsung tak boleh gerak. Gerak sikit pun bisa dan ngilu sangat. Jadi, terlepasla sunat Aidiladha aku tahun ni. Balik saje biras-biras aku, diorang terus usung naik atas kereta, Segan pun ade jugak, tapi nak buat macammane. Bukan main-main, memang sakit betul,hehe..sampai klinik semua orang pandang, masuk bilik kecemasan Dr tak cakap banyak, terus suntik punggung aku,hehe malunye..barula lega sikit.
Dr cakap, ni simptom lower back strain. Korang ingatla kalo sape-sape kene nanti, Tapi aku doakan takdela yang kene dah.
Jadi, pendek kate memang berlaku beberapa peristiwa bersejarah dalam hidup aku semalam.
1. aku tumpang korban.
2. aku kene usung, takleh jalan.
3. kene suntik kat punggung, seingat aku tak penah kot,hehe

Oklah, banyak lagi aku nak semakkan dalam blog ini, tapi masih banyak mase cuti aku lagi. Lagipun aku tengah risau keadaan banjir kat umah mak aku kat Pahang tu, Denagr cerita akan ade gelombang kedua banjir. Harap-harap Tuhan ampunkan la dosa kite semua lepas raya korban ni kan. Janganla landakan banjir besar kepada orang-orang kampung yang tua dan susah tu..aminnn

Khamis, 13 Disember 2007

Hujan, hujan n hujan

"Hujan oh hujan, kenape engkau turun?macammane aku tak turun, katak panggil aku..",itula lagu yang aku nyanyikan untuk melayan kerenah zakuan harini. Memang hujan tak berhenti-henti dari pagi. Plan untuk harini terpakse postpone untuk esok. Itupun kalau esok tak hujan.
Emm..tapi harini tetap ade sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Aku tiba-tiba teringatkan member USM yang lame dah tak jumpe. So, aku try call die,kebetulan, die baru balik ke rumah mertua tak jauh dari rumah atuk aku ni.
Selang beberapa jam die pun sampai,bersama kereta dan wife barunye. Aku yang pada masatu berada di pasar malam tergopoh gapah balik. Salah estimate time.
Sepanjang petang hingga ke Maghrib kitorg bersembang mengenai sejarah silam. Bertukar-tukar nombor member-member, cerite pasal keje, kereta etc etc.
Wife die plak doktor bedah. So, banyak pengalaman die operate orang dapat aku layan. Wife aku pulak tak banyak bertanye,ngeri kot. Maklumla orang pompuan selalu kene operate (bersalin, hehe).
Sedar-sedar dah pun azan maghrib. Itupun boleh lajak lagi sikit sampaila wife die menyiku ajak balik.Sebelum balik sempat buat appointment lagi nak datang. Memang tak puas kalo jumpe member lame kan?. Hmmm..sekurang-kurangnye terisi la aktiviti aku harini. Bolehla selit kat blog aku yang berterabur ni. Hins..hins..semangat semangat..hehe..

Rabu, 12 Disember 2007

Balik kampung

Harini aku bergerak pulang ke kampung,meneruskan pengisian cuti-cuti cikgu cikgi tahun ni. Bukan kampung aku,tapi kampung abah aku. Senang cakap, balik umah atuk aku la. Perjalanan kalau nak diikutkan hanya mengambil masa 4-5 jam je,tapi aku mengambil masa 9 jam untuk sampai ke sini. Lupa nak habaq,umah atuk aku terletak di Kota Kuala Muda,Kedah. Jadi, perjalanan dari Sabak Bernam aku telah berjaya lengahkan dengan menyinggah rumah member aku di Langkap dan menyelusuri jalan-jalan kampung yang kurang dilalui. Bukan ape, saje nak tengok pemandangan tempat orang. Lagipun takde ape nak dikejar. So, no need to rush. Sempatla jugak aku pekena jagung bakar kat Kg. Gajah. Memang sedap. Aku sarankan kalian semua try jugak.
Memang seronok tengok permandangan tempat orang. Aku ternampak sebatang pokok yang putih je dari jauh. Bila semakin dekat, barula perasan pokok tu dikerumuni sekumpulan bangau. Menakjubkan. Bau sekam padi dibakar, bau paya, bau sawah padi, memang mengasyikkan.
Oklah, aku agak keletihan ni. Tadi dah balun kari ikan atuk aku,lama mengidam nak balun. So, lani dah kekenyangan, ape lagi mata pun jadi berat sekilo. Tak tahan dah ni. Ok, sweet dreams.

Selasa, 11 Disember 2007

Cuti-cuti Cikgu Cikgi

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan sendiri blog cikgu moden bagi pihak semua cikgu-cikgu moden seantero Malaysia..

Hmm..so,ape khabar cikgu semua?macamane dengan cuti akhir tahun ni?tinggal setengah bulan je lagi. Ade yang dengar-dengar dah sampai Langkawi,tengok LIMA 07..ade jugak yang dah sampai Batam..shopping sakanla gamaknye..ape-apepun diharapkan keselamatan diri dan keluarga yang diutamakan..maklumla dengan cuaca tak menentu ni..ombak bergelora,hujan lebat tak menentu,kan?

Dipendekkan cerite, saya ingin menjemputlah,warga-warga cikgu untuk menokoknambah ape-ape isu atau aktiviti di blog ini. Diharapkan dengan kehadiran kalian,dapatlah lagi menyerikan blog ini.

Sekian,terima kasih