Khamis, 20 Disember 2007

Hari ini dalam sejarah

Bertemu kembali..emm,banyak yang aku nak storykan kat blog merapu aku ni. Tapi tak tau nak mulakan dengan yang mane satu..agakanye ada dalam 3 hari aku tak update dalam blog ni. Azam aku at least blog ni tak mati macam tu aje sebab aku dah ade fan yang mengikut perkembangan blog hudus aku ni..hehe (sori Norul)..
Baiklah,sebelum terlupe, aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua. Tahun ini agak bersejarah sebab aku dah mula berkorban, walaupun tak seekor lembu, tapi cukupla dengan sebahagian dulu..mudahan-mudahan Tuhan menerime korban dari keluarga kecik aku ni,aminnn..
Berbanding tahun lepas hidup aku agak huru hara sket. Memag banyakk masalah,salahsatunya tak dapat pindah, bini aku megandung sorang-sorang, masalah adik beradik, kewangan.n etc etc lah..tapi nampaknye, menjelang tahu baru 2008 ni, aku sekeluarga dah berjaya meloloskan diri dari belenggu masalah ni semua. Terima kasih aku ucapkan terutamanya pada isteri tersayang yang penyabar, memahami dan berdikari sepanjang ketiadaan aku. Tak lupa juge kepada sahabat handai, saudara mara yang membantu kami skeluarga sehingga sekarang. Isk isk, macam sayu pulak..
Sebut pasal sayu ni, memang semalam juga hari bersejarah dalam hidup aku. Entah kenape, bangun saje pagi semalam, tulang belakang aku cramp..bersusah payah aku mandi n solat. Aku ingatkan cume simptom biase keletihan sebab memandu tanpa henti. Maklumla, dari Sabak ke Kota Kuala Muda, kemudian ke Jitra..shopping pulak di Wag Kelian, Gua Kelam n Padang Besar. Dan esoknye terus balik ke Sabak semula. Malam tu memang terase lenguh kaki n pinggang. Tak tau pula sesuatu yang besar akan terjadi. Selepas solat, aku mengadu kat isteri aku,cakap pinggang aku tak boleh nak digerakkan. Isteri aku pun menyapu minyak afiat sampai nak melepuh belakang aku. Tapi menjelang solat Aidiladha, pinggang terus cramp. Kecoh satu rumah, macam tangan urut pinggang aku, tapi langsung tak boleh gerak. Gerak sikit pun bisa dan ngilu sangat. Jadi, terlepasla sunat Aidiladha aku tahun ni. Balik saje biras-biras aku, diorang terus usung naik atas kereta, Segan pun ade jugak, tapi nak buat macammane. Bukan main-main, memang sakit betul,hehe..sampai klinik semua orang pandang, masuk bilik kecemasan Dr tak cakap banyak, terus suntik punggung aku,hehe malunye..barula lega sikit.
Dr cakap, ni simptom lower back strain. Korang ingatla kalo sape-sape kene nanti, Tapi aku doakan takdela yang kene dah.
Jadi, pendek kate memang berlaku beberapa peristiwa bersejarah dalam hidup aku semalam.
1. aku tumpang korban.
2. aku kene usung, takleh jalan.
3. kene suntik kat punggung, seingat aku tak penah kot,hehe

Oklah, banyak lagi aku nak semakkan dalam blog ini, tapi masih banyak mase cuti aku lagi. Lagipun aku tengah risau keadaan banjir kat umah mak aku kat Pahang tu, Denagr cerita akan ade gelombang kedua banjir. Harap-harap Tuhan ampunkan la dosa kite semua lepas raya korban ni kan. Janganla landakan banjir besar kepada orang-orang kampung yang tua dan susah tu..aminnn

2 ulasan:

~Norul Mas Hana ~ berkata...

sungguh bersejarah..sian ko...get well soon..selalu le beringat..jgn angkat berat2...

faiz berkata...

wah...zawein...dormate aku....tak kusangka...ingat dah pergi ke bulan...rupanya masih ada di malaysia...