"Hujan oh hujan, kenape engkau turun?macammane aku tak turun, katak panggil aku..",itula lagu yang aku nyanyikan untuk melayan kerenah zakuan harini. Memang hujan tak berhenti-henti dari pagi. Plan untuk harini terpakse postpone untuk esok. Itupun kalau esok tak hujan.
Emm..tapi harini tetap ade sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Aku tiba-tiba teringatkan member USM yang lame dah tak jumpe. So, aku try call die,kebetulan, die baru balik ke rumah mertua tak jauh dari rumah atuk aku ni.
Selang beberapa jam die pun sampai,bersama kereta dan wife barunye. Aku yang pada masatu berada di pasar malam tergopoh gapah balik. Salah estimate time.
Sepanjang petang hingga ke Maghrib kitorg bersembang mengenai sejarah silam. Bertukar-tukar nombor member-member, cerite pasal keje, kereta etc etc.
Wife die plak doktor bedah. So, banyak pengalaman die operate orang dapat aku layan. Wife aku pulak tak banyak bertanye,ngeri kot. Maklumla orang pompuan selalu kene operate (bersalin, hehe).
Sedar-sedar dah pun azan maghrib. Itupun boleh lajak lagi sikit sampaila wife die menyiku ajak balik.Sebelum balik sempat buat appointment lagi nak datang. Memang tak puas kalo jumpe member lame kan?. Hmmm..sekurang-kurangnye terisi la aktiviti aku harini. Bolehla selit kat blog aku yang berterabur ni. Hins..hins..semangat semangat..hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan