Rabu, 1 Jun 2011

Surat Terbuka untuk Yusry KRU


Salam,
Sekadar mengisi masa lapang. Alhamdulillah, saya telah menonton Karak di Cineplex Malacca mall semalam. Tahniah atas kehebatan dan kecanggihanteknik kesan khas yang digunakan. Namun, sebagai anak jati Pahang, saya rasa terdapat beberapa kesilapan fakta berkaitan hantu dalam filem berkenaan, antaranya :
1. Babak dimana si suami meninggalkan isteri dan anaknya. Seingat saya, ia bermula ketika dalam perjalanan, si suami ingin membuang air kecil. Tanpa membuang masa si suami memberhentikan kereta di tepi gaung lebuhraya karak. Sempat berpesan kepada isterinya agar mengunci semua pintu dan tidak keluar walaupun apa terjadi. Sejam berlalu, namun si suami tidak muncul semula sehinggalah si isteri dikejutkan dengan satu dentuman di atas bumbung kereta. Kemudian, setiap kereta yang lalu akan memberi lampu tinggi sambil membunyikan hon namun tidak pula berhenti. Sehingga sebuah kereta patrol polis berhenti namun agak jauh dari kereta mereka. Polis memberi arahan menggunakan pembesar suara agar si isteri bersama bayinya keluar dan berjalan menuju ke arah mereka tanpa menoleh ke belakang.Dan ketika menoleh ke belakang alangkah terkejutnya si isteri apabila mendapati kepala suaminya berada di atas bumbung kereta itu.
2. Babak volkswagen kuning. Seingat saya pemandu yang akan memotong kereta tersebut berkali-kali dan bukannya kereta tersebut yang memotong.
3. Jembalang pemakan manusia itu sebenarnya masih wujud hingga sekarang. Namun hanya akan membunuh 10 tahun sekali. Sila temuramah peronda lebuhraya karak dan semak kes pembunuhan terpencil di situ. Anda akan terkejut apa yang mereka alami.

Saya harap pihak tuan tidak berkecil hati dengan komen ini. Untuk projek filem seram akan datang, tuan boleh mengambil kira untuk mengambil penceritaan kisah benar peristiwa seram di MRSM, kerana pada pendapat saya filem berdasarkan pengalaman sebenar lebih menarik untuk ditonton dan lebih realistik. Sekian