Khamis, 16 Oktober 2008
Burung Lang dan Batu Kawi Part 1
Langkawi
Aku baru pulang dari Langkawi. Mengetuai kontijen Johor sempena Perhimpunan Mesra Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan sememangnya meletihkan. Program yang berterusan selama 4 hari 3 malam dengan melawat sekitar Langkawi benar-benar ku nikmati sepenuhnya.
Walaupun selama ini aku begitu teringin ke pulau lagenda itu, namun kutahankan juga kerana aku yakin suatu hari nanti aku akan ditaja kesana. Nyata penantian ku berbaloi. Bukan kerana lokek, tetapi mengapa perlu bayar jika segalanya anda boleh dapat percuma.
Pada anggapanku Langkawi amat maju dan hebat nyata meleset. Mungkin kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi ataupun aku masih tidak berpeluang melihat keseluruhannya. Aku hanya lihat Langkawi sebagai pulau yang dahagakan pelancong yang inginkan suasana kepulauan. Cuma yang menarik minat pelancong dalam negara mungkin disebabkan barang-barang berjenama yang bebas cukai (duty free). Selebihnya barulah tarikan dari Cable car, Underwater World, Galeri Perdana, Kraftangan dll.
Namun niat murni dan usaha yang dimulakan oleh Tun M arkitek Langkawi tidak wajar dipandang enteng. Usaha membangunkan Langkawi dari sebuah pulau sumpahan bukannya mudah seperti yang disangka. Pada logik akal, siapakah yang sanggup menyabung nyawa merentasi laut untuk ke sebuah pulau yang begitu mundur? Ini nyata diubah sama sekali oleh Tun M. Kini Langkawi merupakan destinasi wajib pelancong ke negara ini.
Visionary
Semasa menaiki bas melintasi lapangan terbang Langkawi, kami terlihat sebuah jambatan yang dibina di pesisir pantai itu. Namun tiada kenderaan yang boleh melalui jambatan tersebut dan hanya terbiar sahaja. Bagi kami ini suatu pembaziran, namun menurut jurucakap pelancong kami itulah keajaiban Tun M. Jika tidak kerana jambatan itu atau lebih layak di gelar tembok, sudah tentu Lapangan terbang Langkawi terjejas teruk akibat peristiwa tsunami 2005. Ini kerana hanya bahagian itu yang menempatkan bangunan terdedah kepada ancaman lautan luas. Adakah benar ini memang jangkaan Tun M? Wallahuallam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan