Hikayat Merong Mahawangsa
Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Langkawi sudah pasti tidak mengetahui tentang kaitan antara Langkawi dengan hikayat ini. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan titik tolak sejarah lagenda Langkawi. Disini aku akan menceritakan secara ringkas tentang lagenda itu mengikut kefahaman sendiri. Kekurangan atau kecacatan penceritaan kisah ini adalah di atas kelemahan diriku sendiri.
Merong Mahawangsa merupakan pemerintah sebuah kerajaan di India. Terjadi suatu peristiwa di mana puteri Rom ingin di nikahkan dengan Putera Raja dari India. Pernikahan ini mendapat tentangan dari Garoda (siapa Garoda?) yang cemburu kerana ingin memiliki puteri tersebut. Garoda telah pergi mengadap Nabi Sulaiman untuk meminta baginda agar tidak merestui pernikahan tersebut. Malangnya, baginda merestui pernikahan tersebut atas sebab penyebaran dakwah. Ini telah menaikkan kemarahan garoda dan bertekad untuk menggagalkan rombongan pengantin dari India itu.
Garoda telah merangka strategi untuk menyerang hendap kapal-kapal yang dinaiki oleh Putera Raja tersebut di perairan Langkawi. Strategi gerila ini membuahkan hasil apabila kapal-kapal itu semuanya berjaya dimusnahkan dan di tawan. Berita ini sampai ke pengetahuan Merong Mahawangsa yang kemudian bertindak pergi sendiri bersama tenteranya ke Langkawi. Setibanya di sana, Merong Mahawangsa melancarkan panah saktinya ke udara dan bertukar menjadu Jentayu yang gagah menentang Garoda. trejadilah pertarungan hebat, bergegar dan bergempita bumi berhari-hari lamanya. Dan akhirnya Garoda mengaku kalah dan melarikan diri.
Namun kisah ini masih tidak berakhir. Garoda menculik puteri Rom itu dan menyorokkannya di salah sebuah gua di Langkawi (masih di Langkawi). Dan kali ini rombongan putera raja itu diserang kali kedua dan kapalnya pecah di Langkawi. Merong Mahawangsa yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui putera raja tersebut. Baginda bertekad tidak akan pulang ke India selagi tidak menemui Putera Raja tersebut samada hidup atau mati.
Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang terjadi kepada putera raja tersebut yang terdampar di pantai Langkawi dan kebetulan pula berhadapan dengan gua yang menempatkan puteri raja yang du culik oleh Garoda. Nabi Sulaiman campur tangan dalam persengketaan ini dengan mengarahkan Herman Shah untuk melarikan pasangan mempelai ini jauh agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa lagi. Tinggallah kedua pasangan kekasih ini aman bahagia selama-lamanya di bawah perlindungan Nabi Sulaiman.
Merong Mahawangsa yang tercari-cari putera raja tersebut akhirnya berlabuh di Sg. Merbok lalu membina kerajaan barunya di situ. Kerajaan baru itu di namakan Qalda (Kedah).
Bagi yang ingin mempersoalkan kesahihan kisah ini, bolehlah terus mengkaji Hikayat Merong Mahawangsa. Siapakah Garoda? Apakah itu Jentayu? Adakah merupakan sebuah kapal pejuang? Bagaimanakah peperangan dahsyat zaman kuno itu boleh melibatkan letupan-letupan yang kuat? Siapakah Herman Shah? Persoalan ini jika dikaji akan membawa kita kepada tanggapan pengkaji Barat. Iaitu peperangan antara makhluk asing yang mempengaruhi ketamadunan dunia. Wallahuallam...
Mahsuri
Sejarah Langkawi sememangnya berkisar tentang sumpahan Mahsuri. Langkawi telah disumpah tidak akan aman selama 7 keturunannya. Kebetulan tikaman Karma Wijaya terkena pada pundi susu Mahsuri yang dikatan Mahsuri berdarah putih. Kebetulan setahun selepas Langkawi disumpah, Siam telah melancarkan peperangan hangus keatas Langkawi dimana tentera Siam membakar apa sahaja binaan yang terdapat di Langkawi. Dan kebetulan juga sumpahan itu berakhir pada era Tun M.
Dari kisah tadi juga kebetulan demi kebetulan ini kadangkala menyebabkan kita percaya pada sesuatu yang mustahil. Malah banyak lagi kebetulan yang kita tidak dapat huraikan secara logik akal. Teori RAHMAN misalnya, secara kebetulan telah menyusun atur kepimpinan negara dari dulu sampai sekarang. Adakah ini kebetulan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan