Para pemangkah DAP PRU12 yang berbangsa Melayu-Islam seharusnya 'berbangga' dengan perubahan ekstrim yang dilakukan oleh Teresa Kok. Tahniah! Mandat yang anda berikan telah digunakan sebaik mungkin oleh mereka-mereka tersebut. Sesungguhnya anda bersekongkol dengan menggadai maruah bangsa dan agama. Sekali lagi, TAHNIAH!!
Akhirnya Teresa Kok berpuas hati kerana apa yang dia mahu sudah tercapai dengan memadamkan tulisan jawi di papan tanda nama jalan di Bukit Bintang. Selepas ini apa lagi yang akan di buat oleh orang kafir ini?
Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam?
1 ulasan:
salam, sepatutnya kita sebagai org melayu harus peka apa yang berlaku di negara kita jgn terlalu mengikut telunjuk yg tak sepatutnya konon2 nak jaga hati mrk, adil la konon...tp mrk x tau kesannya bangsa kita tertindas. di harap kepada semua pemimpin melayu mrk seharusnya bersatu dan bukannya masing2 nak tunjuk siapa hebat???? patutka??? kita tak boleh berpecah kalau kita pecah maka benteng kita org melayu akan goyah dan menunggu masa akan runtuh. sedih melihat perkembangan politik malaysia masa kini. kenapa mereka tak fikirkan cara penyelesaian terbaik....jgnla ada rasa ego dlm diri kelak bangsa akan merana....fikir2 kan la...
Catat Ulasan