Lee Chong Wei
Tatkala ini rakyat Malaysia sedang sibuk memperdebatkan tentang situasi politik di P44 Permatang Pauh. Gelombang politik ini menenggelamkan kemeriahan Temasya Olimpik Beijing 2008 dimana ketika blog ini ditaip, Lee Chong Wei baru sahaja kecundang di tangan Lin Dan dalam Final Badminton Olimpik. Apa yang diperhatikan ialah Lee CW bukanlah kalah kepada Lin Dan, tetapi kalah kepada ribuan penyokong Lin Dan yang memenuhi stadium. Jelas tergambar kegugupannya dan permainan yang terlalu berhati-hati. Apa-apa pun mungkin ramai antara kita yang agak lega dengan kekalahan ini kerana setidak-tidaknya ganjaran RM1 juta itu tidak menjadi kenyataan.
Sumpah tohmah
Seorang profesor tempatan memperakui bahawa proses bersumpah yang dijalani Saiful bukanlah sumpah mubahalah (laknat melaknati), tetapi lebih kepada sumpah tohmah untuk membersihkan diri dari tohmahan masyarakat terutama para penyokong Anwar. Namun agak menghairankan apabila Anwar dan kepimpinan ulama PAS menolak mentah-mentah tindakan itu dengan alasan tiada amalan sedemikian dalam Islam dan kemudiannya disamakan pula tindakan sedemikian dengan agama Kristian dan lain-lain. Sedangkan yang dipegang oleh Saiful adalah Al Quran dan disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan bukanlah helaian biasa yang boleh disamakan dengan kitab agama lain. Tertanya juga adakah kerana pakatan politik, semua ini dianggap remeh semata? Apalah salah kiranya Anwar juga bersumpah dengan nama Allah S.W.T dengan apa cara sekalipun untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak bersalah. Buatlah proses bersumpah yang diamalkan oleh Islam jika merasakan cara-cara bersumpah yang lainnya tidak menepati kehendak Islam. Bukan cara Islam tidak bermaksud Islam tidak membenarkannya sama sekali. Jika keadaan mendesak sebegini mungkin proses bersumpah dapat meleraikan segalanya (tidak berani membuat HUKUM dari segi syarak). Jika Anwar bersumpah di ketika ini, sudah tentu lebih ramai pengundi di P44 akan mengundi beliau. Namun jika sebaliknya, Anwar secara terang-terangan merupakan `musang yang berbulu ayam`.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan