Rabu, 27 Ogos 2008

Sesambil 2

Terlalu banyak yang aku ingin perkatakan sepanjang 2 minggu ini. Walaupun aku ketahui bahawa blog ini bukanlah dikunjungi oleh sesiapapun tetapi aku tetap ingin menaip kerana diruangan ini sajalah aku dapat meluahkan apa yang terbelenggu di benak pemikiranku ini. Sekurang-kurangnya masih ada ruang bagi insan kerdil sepertiku ini memuntahkan apa yang terbuku dan semakin membuku di hati.

P44
Kekalahan BN sudah dijangka, diulangi..sudah dijangka. Dengan ketandusan calon yang berkemampuan menentang Super Anwar, dan dihimpit dengan pergolakan dalaman parti serta kegagalan demi kegagalan BN memberikan nafas baru kepada rakyat, tiada apa lagi yang boleh dijadikan modal selain isu sumpah laknat. Jentera BN telah cuba sedaya upaya memenangi hati pengundi. Mereka sanggup dihina, dicerca, diketawakan, dibaling, diludah malahan dibelasah semata-mata atas rasa cinta dan sayang terhadap parti. Saya percaya dan yakin, jika bukan disebabkan perasaan sedemikian, sudah tentu tiada siapa yang sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Keikhlasan mereka yakni peringkat bawahan parti wajar diteladani oleh kepimpinan parti. Tiada lagi ungkapan kepimpinan melalui tauladan seperti yang biasa kita dengari.
Namun yang menjadi persoalannya, adakah kekalahan besar ini disebabkan semua faktor yang dinyatakan di atas? Sudah tentu tidak...sama-sama kita fikirkan.

Super Anwar
Rata-rata masyarakat yang celik hati bimbang akan kemungkinan Anwar berjaya ke Putrajaya. Kebimbangan ini memang bertempat berdasarkan track record beliau yang agak meragukan. Benarkah wujud sisi gelap pada diri beliau seperti yang dicanangkan? Atau adakah betul dakwaan beliau bahawa ini semua merupakan konspirasi politik? Berdepan dengan 2 persoalan ini amat mengelirukan rakyat jelata. Secara mudah, mari kita ambil jalan tengah. Dimana kedua-dua pihak berniat baik dan mari kita buat penilaian tersendiri.
Pertama : jika ditakdirkan Anwar menjadi PM, beliau pasti akan buat yang terbaik untuk para penyokongnya. Beliau akan sentiasa dikelilingi oleh mereka-mereka yang tetap mementingkan kedaulatan bangsa dan negara. Malahan Anwar sendiri mempunyai sifat negarawan yang tersendiri dan tegas. Janji-janji yang ditaburkan akan ditagih oleh penyokongnya. Jika wujud pun kepentingan peribadi, ia tidaklah sampai akan memusnahkan kepentingan bangsa dan negaranya sendiri. Sudah tentu Anwar ingin dikenang sebagai Bapa Pembaharuan dan bukan sebaliknya.

Kedua : jika benar dakwaan Saiful Bukhari, adakah tergamak beliau bersumpah sedemikian rupa hingga melibatkan kesemua keturunannya? Malahan maruah diri beliau juga tercemar, secemar-cemarnya bukan di Malaysia sahaja, malahan di seluruh dunia. Jika beliau berpura,tiada langsungkah sekelumit perasaan takutkan balasan Allah S.W.T dengan bersumpah sambil memegang Al Quran?. Tiada siapakah disisi beliau untuk membongkarkannya? Logikkah seluruh kaum kerabatnya disogok untuk berkonspirasi? Malah dakwaan beliau diliwat di buat lebih awal dari tarikh Anwar mengumumkan diri untuk bertanding. Dan bukan sebagaimana Anwar yang tergesa-gesa bertanding bilamana ketika pendakwaan dan penyiasatan sedang dijalankan.

Sama-sama kita fikirkan...

Tiada ulasan: