Rabu, 4 Jun 2008

Gempar : Kenaikan Petrol dan Diesel

Memang gempar!! Setelah apa yang Pak Lah dan sekutunya buktikan semasa PRU12, kini sekali lagi masalah negara diletakkan pada bahu rakyat jelata. Tanpa berfikir atau berpikiaq Pak Lah dengan selambanya mengumumkan kenaikan harga minyak tertinggi dalam sejarah penubuhan Malaya. Adalah wajar jika kita menggelar Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan tetapi bagi Pak Lah sebagai Bapa Kenaikan Harga Minyak. Memetik dari percakapannya yang selamba, beliau berkata "rakyat tidak perlulah berdemonstrasi-demonstrasi nih, kerana KITA telah memilih cara yang terbaik untuk menghadapi masalah ini". So...?
Make it short..Pak Lah leads us to no where and to disaster...

I pick a quote from the other blogger,

Saudara,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya ya ng di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang kita kenali. Maklumat ini elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat Malay sia yang bersusah payah daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba Kerajaan.

Sekian. Salam

Here is the other ones,

29 Julai Himpunan PROTES
PROTES akan mengadakan himpunan besarnya pada 29 Julai akan datang. Kali ini ia diadakan pada hari Sabtu jam 3 petang, bertempat di KLCC.

KLCC dipilih kerana ia telah menyaksikan beberapa siri himpunan aman yang berjaya menarik perhatian umum. Venue itu juga telah menyaksikan keganasan polis sehingga menyebabkan kecederaan dan tangkapan.

Himpunan kali ini akan terus memperkatakan mengenai kenaikan harga barangan, bukan sekadar harga minyak. Ia juga akan memperkatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

PROTES sedangan mengumpulkan sebanyak mungkin NGO untuk sama menaja himpunan ini.

Makluman lanjut akan di keluarkan dari semasa ke semasa. Bersedialah kita untuk turun beramai-ramai.

Quote from Malaysia Today,

Dalam satu keputusan yang mengejutkan, penguasa di bawah BN telah menaikkan harga petrol dan diesel paling tinggi dalam sejarah.

Ianya akan membebankan majoriti rakyat marhaen di mana kesan kenaikannya akan menjurus kepada kenaikan harga barang keperluan harian. Di saat kenaikkan harga minyak global yang tentunya akan menyumbang kepada keuntungan berlipat kali ganda kepada negara kita yang juga merupakan pengeksport minyak, BN memilih untuk menyusahkan lagi rakyat dan penguasa akan terus berkumandang dengan seruan agar rakyat mengikat perut. Sebaliknya penguasa akan terus memunggah kekayaan negara untuk suku sakat mereka.

Saya menyeru agar pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera bertemu untuk menjana satu lagi demontrasi terbesar sejak demonstrasi Bersih yang bertujuan untuk menunjukkan kepada BN bahawa rakyat adalah kuasa sebenar dalam negara ini. Kuasa BN tidak wajar dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menyusahkan hidup rakyat. Gerombolan manusia wajib menutup jalan-jalan menuju ke loji minyak dalam negara sebagai satu signal kemarahan rakyat marhaen!

Saya juga berharap agar saudara Anwar Ibrahim supaya segera memastikan rencana Pakatan Rakyat menguasai Parlimen tercapai secepat mungkin sebelum kehidupan rakyat marhaen bertambah runcing. Saudara Anwar telah mengulangi janjinya di Sarawak baru-baru ini untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

1 ulasan:

Cheguman berkata...

di Thailand, Samak dituntut letak jawatan. Kita? Jom jadi macam depa. Pastu boleh jadi cam Iraq. Sdara Cikgu ada bukti? Klu setakat nak dengki, tu memang tabiat Melayu. Sdra fikir cara menghentam ni boleh memberi kebaikan pd negara? berapa umur sdra masa Tun jadi PM? Tun tahu bagaimana hebatnya Tun dihentam? Sdra tahu Tun tak pernah sunyi dituduh amal kroni sepanjang pemerintahannya? Sdra tahu Tun dikatakan bina litar Sepang utk anaknya? Siapa yg bantu Tun bersihkan namanya? Sdra tahu di sebalik semua tu? Sdra tau Tun dituduh murtad?, mahazalim? mahafiraun? Sdra baru tau hujung kuku ttg negara, sdra hasut org benci PM. Sdra tau kenapa PAS tak pernah tanding lebih drpd 1/2 kerusi? Sdra tau kenapa PKR tanding banyak kerusi? sdra tau byk laporan tak sampai pd Paklah? Saya sayangkan Tun tapi saya lebih sayangkan negara. Saya bukan fanatik pada Paklah. Saudara tau siapa Tun Tuah? Jom ke blog saya.

Sdra seorang guru. Sdra tau apa peranan sdra? Kakitangan awam adalah pelaksana dasar kerajaan bukan penentang. Jika nak jadi penentang, sdra letak jawatan dulu. Atau, bantu kerajaan sebaik mungkin. Kemudian, PRU13 undilah siapa yg sdra sokong. Takkan sdra tak pernah lihat budak2 lantik ketua kelas? macam tu la prosesnya. Takkan diorang nak kempen sepanjang tahun.

Hal politik adalah persepsi. Bukan muktamad. Jgn tersilap dalam keghairahan menulis dan bercakap. Gunakan keistimewaan untuk membina negara, bukan membantu meruntuhkan negara.

Maaf, lagi 10 tahun masih adakah Tun? Jika kita buang Paklah sekarang siapa yg nak kita harapkan? Najib? Muhyidin? Kuli? Nik Aziz? Hj Hadi? Anwar? Saya syorkan sdra lah yg jadi PM nanti (insya Allah). Sdra boleh jamin semua tu akan bersih dan tidak dihentam? Sdra pejuang idealis. Kita sendiripun tak sempurna tapi tak malu mengharapkan org lain sempurna.

Ingat, hanya nabi yang maksum. Yg lain2 semuanya ditutp kelemahan mereka oleh para penyokong. Pemimpin cina bersihkah? Tapi diorang tutup baik2. Lihat kes perisik MCA baru2 ni?

Wallahu'alam.