Jumaat, 3 Julai 2015

Tiada manusia yang benar2 bersih hatinya

Syariat - ilmu kehidupan lahiriah manusia, ilmu asas, dan segala jenis ilmu untuk beribadat. seperti : hukum hakam dalam Islam, sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistem hidup mengikut ajaran Islam. (FIZIKAL)

Tarikat - ilmu berkenaan hati. Jenis-jenis nafsu, meletakkan diri kita sama paras dengan orang lain, ikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun dengan Neraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati, merendah diri, yakin, tawakal dan sebagainya. (HATI)

Hakikat - ilmu yang perlu menggunakan fikiran. Memahami maksud taqwa sedalamnya. memikirkan mengapa perlunya sabar. memikirkan mengapa marah itu datang dan cara mengawalnya. maqam sabar, maqam tawakal, maqam redha sehinggalah kesemua sifat-sifat mahmudah itu diperolehi secara tetap (istiqamah). Boleh jadi ada yang mendapat secara serentak sifat-sifat mahmudah itu. Inilah juga yang dikatakan dia telah mendapat hakikat. Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).  (AKAL)

Makrifat - ilmu yang didapati setelah syariat, tarikat, dan hakikat disempurnakan.. Iaitu fizikal, hati dan akal telah bersatu maka disitulah kita mengenal Allah Yang Maha Esa.. 

biji benih itu umpama syariat.

menanam pokok itu umpama tarikat.

buah itu umpama hakikat.

rasa buah itu umpama makrifat.

Dari ilmu syariat kita mengenal Allah adalah tuhan sekelian alam, nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah. Namun, pengenalan itu masih belum mendalam lagi. Untuk mengenal Allah dengan lebih mendalam, kita perlu kenal diri sendiri terlebih dahulu..  Untuk mengenal diri sendiri adalah mengenal hati, akal dan fizikal kita.

Apakah yang membuatkan manusia itu tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain? Mengapa manusia dijadikan Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi? Namun ada juga darjat manusia yang lebih rendah daripada haiwan.

Jawapannya bagaimana cara manusia itu menggunakan kelebihan hati, akal dan amalannya..

Segala yang Allah jadikan itu mempunyai sebab. Maka di situ jadilah ekosistem kehidupan. Namun, orang yang ikhlas tidak mempunyai sebab dia membuat sesuatu. Hanya kerana Allah Taala tanpa mengharapkan balasan. Maka orang yang ikhlas adalah lebih lebih dekat dengan Allah. Kepercayaan dan keikhlasan adalah asas kepada iman.

Untuk mencapai keikhlasan yang hakiki, perlu belajar syariat, tarikat dan hakikat. Maka Allah akan memperkenalkan dirinya dengan lebih mendalam kepada orang yang bersungguh-sungguh untuk mengenal diriNya.

Syariat = tubuh
Thariqat = nyawa
Hakikat = ruh
Makrifat = berhimpun semuanya

Tiada ulasan: