Rabu, 23 Januari 2008

Gunung Stong - Part 1


“Ko konfom ke tak pegi, wien?jomla..bile lagi..”. Tersentak aku dari mengelamun. Kelihatan Topek berkerut di sebelahku. Wajahnya yang beridentitikan ja-world kadang-kadang melucukan hatiku juga. Gaya pertuturannya juga tidak lari dari lidah kejawaanya itu. Dia lebih senang dipanggil Topek sedangkan nama sebenarnye Taufik. Mungkin kerana sebutannya lebih mudah untuk dipanggil. Seakan-akan sudah lama agaknya dia menantikan jawapan dariku. “entahla Pek.., aku takde mood sebenarnye. Lagipun aku bz nak siapkan final year project nih..”balasku mungkin sedikit sebanyak menjawab kepada persoalannya sebentar tadi. “ala, jomla, bile lagi kite nak enjoy ramai-ramai...lepasni dah grad, dah susah nak jumpe..kitorang pun bz buat final year projek jugak, tapi takpe, due date kan lambat lagi”,balas Topek yang cuba menggunakan skill pujuk rayunya.
Memang tak salah apa yang dikatakan. Tajuk projek final year baru sahaja di agihkan. Dan kami diberi masa 3 bulan untuk menyiapkannya sebelum dibentangkan selepas peperiksaan akhir. Jadi, kalau nak diikutkan, masih terlalu panjang masanya lagi dan alasan yang kuberikan secara terang-terangan tidak munasabah ataupun munasarawak.
Tapi terselit dibenakku untuk tidak mengikuti program kali ini. Masih terasa pedih ulu hatiku setelah luka dilukai awal bulan ini. Apalah silapku agaknya. Kusangka cerah sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Setelah apa yang kuberikan, kuharapkan, hanya surat `menuntut cerai` yang menjadi titik noktahnya. Tapi aku pasti, si dia telah melakukan kesilapan yang maha besar kerana meninggalkan aku. Tiada manusia lain yang dapat memahami sikapnya yang rumit selain dari aku. Dan aku bukan dari jenis lelaki yang `hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong`. Yang pergi biarkan pergi. Cuma mengambil sedikit masa meratapi dan memikirkan sudah berapa banyak kos ku habiskan untuk si dia. Maklumlah, aku di penang, si dia di shah alam. Akan munculkah seorang pengganti yang pula akan berhabisan untuk menawan hatiku sebagaimana yang pernah kulakukan. Ataupun semua itu hanya angan-angan di siang hari.
“Win, ko tau tak? Geng-geng kite semua pergi tau! Ton, Bob, Sol, O-O, JB, Parim, Ide..erm, semualah!”. Habis semua disebut nama member-member ku. “Lagipun, program ni kite twin dengan USM induk, maknenya, blehla kita usha-usah awek dari induk plak. Aku kat sini dah jemu usha awek engineering,semua jalan macam robot gamaknya, hahaha...”. Bukan main lagi Topek mengutuk aweks kat sini. “memang pun..hehe”. jawab aku dalam hati. Di sini 60% student lelaki, cuma 35% je aweks. Yang 5% lagi tu aku tak pasti jantinanya. Lain diluar, lain di dalam. Teringat insiden aku berseorangan menggosok gigi di toilet dan pada masa yang sama puak seperti ini datang mengoratku. Nak termuntah dibuatnya. Tapi abaikanlah, seronok jugak dingorat. Dapat puji lebih-lebih.kan?bukan selalu..
Berbalik pada topek, eh topik aweks kat sini. Memang dari pengamatan aku, kaum hawa kat sini memang agak semacam. Mungkin disebabkan mereka kaum minoriti kat sini atau mereka tergolong dari student favourite ataupun besi-besi dan konkrit-konkrit kat pusat pengajian masing telah mensasakan mereka. Tapi yang pasti mereka memang nampak lain dari yang lain samada dari cara jalan, cara makan, cara gelak dan lain-lain, semuanya nampak agak keras, tiada lagi kelembutan. Tapi boleh dikatakan hampir kesemuanya telahpun dimiliki. Ia lah, apabila dah sedikit permintaan meningkat. Ciri-ciri yang lain tu belakang kira.

1 ulasan:

mohd zul hifdzi berkata...

wah...
mengimbau memori silam..Terasa sgt mengasyikkan!!

aku adalah org yg pakai cap bonjot tu..

rindu betul nak jupe sume kawan2