Isnin, 2010 Januari 04

4 Jan 2010

Kononnya ingin bangun awal, namun tetap berlengah2 hinggakan suntuk waktunya. Aku tiba di sekolah di saat semua parking telahpun penuh. Ialah, manakan gurunya ini pula ditambah dengan kenderaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah terutamanya tahun 1.
Suasana di kantin kelam kabut, di saat loceng dibunyikan, suasana menjadi riuh rendah sehinggalah terdengar arahan dari guru bertugas supaya murid beratur di hadapan kelas masing-masing sebelum bergerak di tapak perhimpunan.
Perjalanan perhimpunan lancar dan sunyi sepi. Semua murid diam dan patuh sambil dikelilingi ibu bapa yang ramai. Hanya kedengaran suara cikgu bersembang2 dan bergelak ketawa termasuklah aku (agaknya apalah pandangan ibu bapa melihatkan keadaan ini).
Murid2 kelihatan kemas dan bersih. Maklumla hari pertama. Muka2 semuanya innocent seolah baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Lucu aku dibuatnya.
Perjalanan hari ini lancar dan menyeronokkan. Aku masuk ke kelas dengan wajah yang serius dan tegas ala2 Saddam Hussein. Sengaja biarkan 1st impression murid2 mengatakan aku ini garang. Baru senang nak control kelas. Pendekata hari ini tidak memenatkan malah aku tidak sedar masa balik sudahpun tiba ditambah dengan keadaan cuaca yang mendung tak hujan2 nih.
ooo..lupa nak update, 2 orang guru baru melapor diri lagi hari nih. Ermmm..maknanya jadual akan bertukar lagilah..

Ahad, 2010 Januari 03

Permulaan 2010

Esok 4 Januari 2010 merupakan hari pertama persekolahan. Kebanyakkan di kalangan murid dan guru telah pun masuk tidur awal untuk memastikan hari esok tidak terlewat bangun sementelah hampir 2 bulan tidur panjang. Bagi sesetengah guru, hari esok merupakan hari yang bermakna setelah sekian lama diulit kerinduan terkenangkan anak murid mereka. Tetapi ada sebilangan guru yang mula diserang migrain apabila mengenangkan nasib mereka untuk berhadapan dengan kerenah murid-murid yang tidak dapat dikawal.
Walau apapun yang terlintas di fikiran, guru tetap akan muncul di sekolah esok pagi dan berhadapan dengan anak didiknya untuk setahun lagi.
Selamat berjuang guru-guru se Malaysia...

Sabtu, 2010 Januari 02

Penutup Percutian 2009


Cuti tahun ini ditutup secara sederhana dengan aktiviti berkelah keluarga di Hutan Lipur Sg. Bantang Bekok. Kebetulan semua ahli keluarga ingin bertandang ke rumah, maka suatu perancangan adhoc dilakukan. Walaubagaimanapun aktiviti adhoc ini tetap meriah dengan diiringi hujan yang turun mencurah-curah. Tiada sebarang foto yang dapat dirakam memandangkan suasana basah dan kelam kabut. Namun sebetulnya aku sudah tidak bernafsu mengambil gambar menggunakan kamera digital mahupun kamera telefon. Aku amat mendambakan Nikon D5000 DSLR...

Khamis, 2009 Disember 31

Misi 2010

Ramai orang meramalkan tahun 2010 sebagai tahun bencana terutama di Indonesia. Malah ada juga ramalan mengatakan Perang Dunia ke 3 akan meletus pada November 2010. Apapun ramalan mereka, kita tidak berkuasa mengubah ketentuan Tuhan. Yang penting hidup perlu di teruskan seadanya.
Berbalik kepada misi peribadi 2010. Aku bahagikan kepada beberapa item iaitu karier, ekonomi, keluarga, impian dan rohani. Malu juga aku war-warkan disini kerana jika tidak terlaksana akan mengundang perlecehan orang yang membacanya. Walaubagaimanapun aku anggap ia sebagai cabaran dan tekanan positif terhadap diri sendiri.

Karier
Perjalanan karier sepanjang 2009 agak mencabar dan memenatkan. Namun mengikut perkiraan aku tahun ini, keadaan akan lebih terkawal dan sistematik. Mungkin aku tidak akan dapat mengekalkan pencapaian Guru Aktif & Dedikasi tahun 2009 kerana pembahagian tugas lebih seimbang berbanding tahun lepas. Malah dengan kehadiran guru baru mungkin akan meringankan tugas2ku sebelum ini.
Misiku untuk bekerja lebih sistematik, teratur dan berfokus. Kurangkan kerja bertangguhan serta aktif setiap masa.

Ekonomi
Ekonomiku bertambah baik pada tahun 2009. Hutangku akan cuba diminimakan dan struktur semula. Dan aku mengharapkan dengan bisnes yang aku ceburi akan terus melonjakkan pendapatanku ke 5 angka. Mungkin ada beberapa kesilapan sebelum ini tapi aku tidak menyesal kerana orang yang gagal ialah orang yang tidak pernah mencuba. Apa yang aku tagihkan dari diri sendiri ialah KEGIGIHAN, tidak berputus asa, kecekalan dan keberanian.

Keluarga
Keluarga masih tidak boleh dikembangkan pada tahun ini atas sebab2 perubatan. Insyaallah tahun hadapan. Dari segi keperluan dan kehendak, mungkin agak lebih mewah berbanding sebelum ini.

Impian
Kereta idamanku sudah berjaya dimiliki. Mungkin akan ditambah jika keadaan mengizinkan. Namun masih ada beberapa impian ku yang belum terlaksana. Antaranya :
1. Camera DSLR
2. TV Plasma 42 inch
3. Sebidang tanah
4. Pergi melancong

Rohani
Pengisian rohani juga tidak boleh diabaikan dalam kesibukan mengejar duniawi. Aku akan cuba :
1. solat di awal waktu.
2. berjemaah sekurang2nya 3 kali seminggu
3. khatam Al Quran
4. menambah amal kebajikan

aminnn..

2010

2009 telah meninggalkan kita, bak lagu Pergi Tak Kembali yang pergi bersama-sama dengan penyanyinya sekali. Pelbagai pahit manis diharungi sepanjang 2009, dan syukur alhamdulillah kerana aku masih dilindungi dari malapetaka, bala bencana, wabak penyakit, kemalangan jalan raya, penyakit2 kronik, kemiskinan, kepapaan, kesedihan dan sebagainya. Aku berdoa dan berharap agar aku dan keluargaku akan dipanjangkan umur dan dilindungi sepanjang tahun 2010 ini.
Melihat kembali rentetan perjalanan hidupku tahun 2009, masih ada azam yang belum tertunai. Jadi sempena 2010 ini aku ingin memperbaharui azam dan lebih gigih untuk mencapainya. Walaupun terlewat, aku akan menyenaraikan semula azam yang baru sebagai penanda aras KPI untuk diri sendiri. Bak kata William Wallace dalam Braveheart "Every men dies, but not every men really lives".

Isnin, 2009 Oktober 12

Realiti Insan



Ku layangkan segala anganku, ku lepaskan semua khayalan jiwaku.
Berpijak di bumi yang satu, Memandang tinggi di langit biru.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Ini bukanlah satu mimpi, Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi.
Ini adalah realiti, keyakinan insan yang penuh visi.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.

Ini bukanlah satu mimpi, Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi.
Ini adalah realiti, keyakinan insan yang penuh visi.
Satu janji di dalam hati, Satu mimpi yang akan ku raih.
Harapanku dalam hidup ini, ku ingin menggapai cita dan cinta.

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini, Satu satu janji yang ku gapai pasti.

Jumaat, 2009 Julai 31

Virus HaMa

Hari ini dalam sejarah. Seramai 178 orang murid sekolah cikgu diserang sejenis hama yang menyebabkan kegatalan di serata badan. Cikgu memanfaatkan masa terluang dengan membantu mententeramkan keadaan murid yang panik terutamanya murid tahun 1 yang disakat oleh murid-murid tahun lain dengan mengatakan mereka dijangkiti H1N1. Suasana panik akhirnya terlerai dengan kehadiran 7 orang pegawai perubatan yang datang membawa ubat dan melakukan pemeriksaan. Semasa memandu pulang cikgu masih lagi tertawa mengenangkan gelagat murid-murid tadi.