Ahad, 28 Julai 2013

Rindu

Rindu...pada sesuatu,pada seseorang, pada kenangan atau pada yang telah tiada. Mungkin kita akan dilabel berjiwa sentimental apabila selalu merindu. Adakah kerinduan hanya timbul dalam jiwa mereka yang tertentu sahaja? Ada pula yang mengatakan orang yang selalu merindu pada yang telah tiada akan menyusul mereka tidak seberapa lama.

Walau apapun tafsiran mereka tentang 'rindu', aku sanggup menerimanya kerana aku memang seorang perindu. Aku rindukan pada ahli keluarga besarku yang telah tiada, terutama menjelang hari raya. Setiap kenangan sewaktu bersama sering terbayang di mata.

Aku juga rindukan sahabat dan teman dahulu kala, sewaktu susah senang menguji persahabatan. Tidak ramai mereka yang bernasib baik mempunyai teman sejati dikala susah dan senang.

Dan aku juga merindu pada apa yang telah aku lalui sewaktu hayatku. Jika dapat diundurkan waktu, akan ku ukir setiap saat hidupku menjadi tatapan indah dihari tuaku.

p/s : mood merindui Nokia E7 ku yang telah tiada...

Tiada ulasan: